Google+ Followers

Sunday, September 21, 2008

Haji Muda -buku


rezianna

Pagi semalan Tuan Hj Ridzwan menelepon saya, mencerita bagaimana seronoknya beliau tentang penghasilan buku tersebut serta melayani kerenah pembaca - pembaca serta menandatangani buku -buku tersebut. Secara am nya beliau adalah anak didikan Prof Dr. Muhd Kamil Ibrahim. Saya turut gembira dan sambil mengusik beliau " Kalau dah jadi celebrati jadi lupa kawan-kawan ya" Tuan Haji merupakan sahabat karib saya sewaktu kami bergelar siswa-siswi Kohort 1 DBA.

Bagi mereka yang akan ke Mekah tahun ini, inginkan buku secara percuma (tajaan) atau ingin membeli boleh hubungi saya (RM 19 senaskah) PM Zulkifli Kadir saya dah reserve untuk PM satu naskah.

Haji Muda: Tip-Tip Menjadi Tetamu Allah tulisan Tuan Hj Ridzwan Bakar kini berada di pasaran MPH, Popular Bookstore dan Kino

Antara kandungan buku ini yang saya petik dari blog beliau (ridzwan-bakar. blogsot.com) ialah


Secara umum buku ini mengandungi 4 bahagian.

Bahagian 1 membincangkan keperluan menunaikan Haji pada usia muda dan apakah bentuk cabaran pra-Haji.
Bahagian 2 menjemput pembaca untuk mengukur persediaan dan kemampuan Haji dalam konteks perjalanan di bumi Madinah.
Bahagian 3, mengupas cabaran sebenar Haji di Mekah, Arafah, Mudzalifah dan Mina. Bab ini menjemput pembaca untuk menghayati latihan mashyar di Arafah dan apakah mungkin orang muda bersedia menghadapi cabaran ini.
Akhir sekali Bahagian 4 menterjemahkan travelog Haji dalam konteks keinsafan diri, usaha berterusan untuk memperbaiki diri dan cabaran paska Haji. Bahagian ini juga memberi tips perancangan kewangan Haji kepada ibubapa/ bakal haji muda dan anggaran perbelanjaan haji.

Walaupun buku ini ditujukan kepada orang Muda, buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan termasuk warga emas kerana tarbiah perjalanan haji dan tips haji adalah bersifat umum yang boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca tanpa mengira usia.

Untuk mendapatkan naskah ini, tuan-puan boleh juga email Tuan Haji Ridzwan di tigeridz@gmail.com dengan menyatakan nama, bilangan unit dan no tel utk dihubungi. Sesiapa yang berhasrat untuk menaja buku ini dalam kuantiti yang banyak untuk di hadiahkan bolehlah terus menghubungi beliau 019-2628585

Nota: Saya tersetuh tentang cerita bagaimana arwah abahnya mula membuka akaun TH beliau dgn RM 10 serta pergorbanan beliau menjual kereta Merc yang dibeli sewaktu belajar di UK.

Saya ingin mengucapkah syabas atas usaha murni belau.

Sunday, September 14, 2008

seni itu indah







Melukis gambar di atas kanvas mengunakan cat acrylic di antara aktiviti yang melibatkan sentuhan seni. Ini adalah kegiatan atau hobi saya sejak dari zaman kanak-kanak. Setiap karya seni sayadidalamnya terdapat rasa emosi dan ekspresi hasil penyampaian kreator kepada orang yang melihatnya. Setiap kali saya melukis melambngkan kreator hati dan emosi saya. Kemudian dituangkan menjadi karya seni.. Seni calitan didalam setiap garis, warna, dan tekstur menggambarkan suasana hati saya apakah pada masa itu sedang sedih ataupun gembira yang kemudian diterjemah orang yang melihatnya Ekpresi perasaan ini menjadi ia sebuah lukisan yang universal yang dapat dirasakan sehingga saya rasa karya seni menjadi ini sangat bernilaiKepuasan yang saya rasai saat menyudahkan kesemua aktiviti melukis adalah rahsia untuk hidup sihat dan lama. Aktiviti ini memberikan saya kuasa mutlak untuk menentukan apa yang hendak dilakukan. Hal ini seterusnya membuat saya berasa tenang dan puas serta melakukannya dengan jaya

Ketenangan adalah suatu keadaan di mana saya merasa selesa, lega dan bebas dari tekanan perasaan. Ketenangan bebas dari segala kerisauan dan berasa gembira. Rahsia hidup ku seni lukis.Jelas seni itu indah>

Monday, September 8, 2008

majlis buka puasa - kenangan terindah






rezianna

Ex student SR 111 dan SR 112 tahun 2001-2004 telah mengadakan Jamuan Berbuka Puasa yang bertempat di Hotel Summit USJ hari Sabtu lepas. Che bad dan en arshad turut hadir. hampir 30 orang termasuk anak-anak comel (cucu) kelihatan jelita dan segak.Almaklumlaah sudah ke alam perkerjaan, lebih matang tapi masih ada identiti dulu. Tahniah kepada en arshad yang telah bergelar"datuk" terhormat kerana di anugerahkan cucu sulung pada 2 sept 2008. Che Bad bila lagi nak dapat anak? ex student kita pun boleh tahan cun...sorry ye usik je.

Ein kecik dan rasid (unsangkarable dan jadi suami isteri). iee rasid memang minat dekat ain yang celoteh tu rupa-rupa allah mempertemukan mereka. terima kasih kerana menjayakan majlis ini. Ain dan Haidan masih kekal sehingga kini, ela, yan (baru putus tunang, jangan risau allah akan memberi yang lebih baik). tracy jauh naik balon untuk jumpa kawan-kawan, Far, intan, megat, azrul, dj Shazili(radio selangor)bersamaa isterinye yang baik budi suzana, cedot, gadap, yaya, cemong , Mukhrim yang antara pelajar yang banyak menerima nasihat dan amaran (alhamdullilh menjadi jugak awak, saya bangga dengan kejayaan anda) T-shiee adik manja saya bersama sal,malangnya sal tak dapat hadir, freda dan abun, basri, azri dan yang lain maaf tak berapa ingat.Saya memerima pelawaan mereka kerana mereka juga yang telah memeriahkan majlis perkahwinan saya yang kedua. Alfatihah juga kepada rakan mereka yang telah meninggal dunia masa pengajian mereka kalau tak silap saya maizaitul bersama tunangnye kemalangan jalan raya.

Mereke masih memanggil saya puan. mulai hari ini panggil saya kak anna itu adalah trade mark saya apabila mereka telah grad. ada juga yang panggil saya mama. Kak Anna berdoa pada allah semoga kalian berjaya dunia dan akhirat SAYANG SEMUA


Saturday, September 6, 2008

murah rezeki


rezianna

Bermula hari pertama puasa hingga kehari ini juadah berbuka puasa dirumah amat murah rezekinya. Alhamdullilah rezeki dari allah jua. Berbagai jenis lauk pauh dan kuih muih. Ada yang dimasak sendiri, bertukar -tukaran dengan jiran tidak ketinggalan abang manap yang suka membeli belah sehingga tak cukup dua tangan. Semalam saya berkata abang teringin minum teh tarik dan papaya. alhamdullillah di tunaikan .Terima kasih abang "love u lah". Tadi sewaktu saya menemani beliau ke DEMC untuk mengambil ubat harianya beliau berkata" abang suka beli lauk pauk dan kuih muih tu sebenarnya suka tengok anak-anak bersemangat makan bukan apa untuk memotivasikan mereka berpuasa dan seronok dapat makan bersama-sama. Ya Allah terima kasih kerana memberi kami kebahagian dan limpahkah kasih sayang mu pada kami semua . amin

Friday, September 5, 2008

ular melawat rumah


rezianna

Tanggal 3 sept 2008 selepas berbuka puasa , kedengaran bibik menjerit-jerit cik anna cik anna ularrrrrrrrrr. Abang tanya saya, na apa nombor bomba. ieee itu adalah solution yang terakhir.jawab saya 999. lalu abang pun membuat pangilan. Hajat untuk solat terawih terpaksa dibatal. hanya abang sahaja ke mesjid negeri. setelah 30 minit ahli-ahli bomba dari sek 15 . Seorang dari mereka berkata " rumah akak ke". mereka masih ingat saya semasa di majlis anugerah dekan dimana panggilan palsu mengatakan komplek sukan ada kebakaran. Kebetulan saya mengikut encik khairul untuk menerangkan keadaan sebenar. Rupanya ada hikmahnya disebaliknya. oppp berbalik pada cerita ular, hampir 15 minit menunggu ular tersebut masih bermain chak chak aci. Dalam hati saya berdoa Ya allah semoga dapatlah ular tersebut ditangkap. Tiba-tiba cik adik bomba tersebut berkata "akak dah dapat ular jenis cobra" sambil menunjuk pada saya. Warna nya hijau kekuningan.

Sambil melihat ular tersebut saya berkata " pak jang maaf ya tempat kamu bukan disini bye. Terima kasih banyak- banyak kepada ahli-ahli bomba tersebut. sempat juga saya bungkuskan kuih muih, air mineral satu karton dan buah rampai untuk mereka tanda terima kasih. Orang cina percaya kalau ular masuk rumah bawa rezeki.Alhamdullillah rezeki di tangan Allah kita hanya berdoa dan berusaha.