Sunday, July 16, 2017

bila abang sulong bersuara...

rezian-na

Semalam mak jatuh lagi.. puas kami  pujuk mak pergi hospital yang berdekatan..mak membisu..tiba tiba abang sulung datang dan dengan  hanya  satu arahan.. "bawa mak pergi hospital sekarang:. begitu lah kuasa yang ada pada anak sulung " leader is Born"  bergegas mak siap dibantu  oleh pembantu   ,, kami tersenggeh . Alhamdullilah  mak akur  akhirnya

Sampai di Hospital mak dibawa ke unit rawatan rapi zon kuning..Dr berpesan jika mak jatuh cepat cepat hantar ke Hospital..   Dr segerakan segala "procedure" ..MRI scan menunjukkan otak mak mula mengecil .."minor strok" ..tapi mak tetap semyum ..sangat positif..dalam keaada begini anak anak perlu tujukkan reaksi positif--gembirakan  mak sambil berdoa dan terus berdoa..

Di hospital abang arahan adik beradik ,, anak anak dan cucu cucu apa yang    dibuat, dibeli dan   jadual jagaan mak . kami adik beradik  dan yang lain  ikut perintah ,,,kuasa anak sulung ..kami hormat pada yaag sulung .. terima kasih mak dan arwah bapak kerana mendidik kami untuk hormati orang ynag lebih tua dan sayang orang yang muda dari kami. AllahuAkbar