Google+ Followers

Friday, November 28, 2008

pegawal keselamatan uitm sentiasa menceriakan

rezianna

Pagi tadi sewaktu saya memasuki perkarangan Uitm Melalui pinti gate Utama, terdapat sebarisan pengawai dan pengawal keselamatan yang sedang menunggu VVIP hadir untuk konvo yang ke 69 lalu mereka terus memberi tabit hotmat dan ada yang melambai pada saya. Sambil tersenyum saya membalasnya. itulah routine harian pagi saya sebab mereka ini yang memceriakan pagi saya. Lambai sambil tunjuk non verbal gesture - hand ie best

Apabila sampai ke Fakulti, En Hasbullah (Timb Dekan) menyapa saya katanye" Wah!!! Kak Anna lalu pak guard ada yang tabit dan lambai, saya dekat belakang kereta kak anna hanya satu orang yang lambai, ini mesti kak anna orang penting" saya hanya mampu senyum dan ketawa.

Pada hakikatnya emak dan bapak selalu berpesan supaya merendahkan diri tidak kira tukang kebun, bibik , pak guard atau boss sekali pun. Mesti ikhlas dalam memberi salam dan sentiasa lemparkan senyuman. Itulah rahsianye. Nilai-nilai murni ini juga saya terapkan kepada anak-anak saya dan juga pelajar-pelajar saya. Kalau kita nak orang tegur kita, kita tegur dia dulu dan kalau kita nak orang hormat kita, kita hormat dia dulu. Hukum Karma