Friday, December 26, 2008

Happy birthday Ailderyna-Kamil


rezian-na

Semalan 25 Disember merupakan cuti hari natal dan juga birthday dedel (nama manja). Pada tarikh yang sama dedel dilahirkan tepat jam 9 pagi di DEMC Shah Alam oleh Dr Norleen Salleh yang juga merupakan jiran sebelah rumah. Masih teringat sewaktu nak keluar rumah untuk ke DEMC sempat bagi tau " len dah nak bersalin" "ok len datang kejap lagi". dedel melalui proses ceaserian dan di lahir bersama selaput putih yang amat harum. Syukur alhamdullilah cukup sifat walaupun pada masa itu saya berumur 38 tahun.

Kini dedal petah bercakap serta berbahas dengan logiknya. Dedel nak tanya mama "mana santa yang nak bagi hadiah tu" jawab saya"nanti dedel bangun ada hadiah ok" tapi dedel tak letak stokin besar dekat tingkap? susah susah...Dedel sangat bertuah kerana dalam celebration hari natal banyak toys yang ada discount price.

Papa bertanya pada dedel nak hadiah apa? jawab nya mana boleh bagi tau surprise lahhh!!! tapi kalau dedel dapat tindik telinga lagi best. Memang nampak berseri lepas tindik

Pada malam nya Uncle Faris dan Ant Amy menyambut birthday dedel di tepi swimming pool di condo Wangsa Maju. Walaupun mama tidak sihat ( rasa nak demam) mama tatap bersama menyambut. HAPPY BIRTHDAY DEDEL. MY BIG TOYs

* gambar dedel bersama TK (tok Kassim) bapa saya dan kakak jieha

pendaftaran uitm

rezian-na

Minggu depan dan bermulanya kuliah. Terasa sangat singkat cuti pada kali ini. Bererti tidak puas cuti tahunan. Pagi tadi walaupun dalam keadaan deman, saya ke IPsis untuk pendaftaran semesta Dis - May 2009. Pada dasarnya saya hanya tahu mendaftaran secara manual sahaja .

Apabila pulang ke rumah, alf dan mira mengajar mamanya daftar online. memang mudah dan cepat dan bayaran melalui online banking (bank islam juga mudah) atau mesim ATM. Tidak sepertu dulu kena beratur dan mengambil masa yang lama. Habis juga dekat RM2000 (termasuk juga yuran anak-anak) alhamdullilah dapat banus tahun ini. Tahun depan?????? kegawatan ekonomi.