Google+ Followers

Wednesday, November 4, 2009

Exam

rezian-na

Alhamdulillah kepada rabbul alamin..saya selalau ,mendoakan pelajar-pelajar saya dipermudahkan bila menjawab exam. MasyaAllah..kurniaan Dia sangat banyak dan melimpah pada kita, tidak habis-habis. Justeru perlu kita selalu berdoa agar apa yang di ajar dan dipelajari menjadi ibadah. Tetapi saya kecewa ada segelintir pelajar yang tidak percaya pada keupayaan diri mereka sehingga sanggup meniru dalam exam. Pelajar-pelajar ini yang akan manjadi tiang negara. Masyaallah


Teguran dan kasih sayang secara dakwah lemah lembut- supaya saudara-saudari jangan ulangi perbuatan tersebut. Mungkin ada dikalangan kita yang sebenarnya sudah pun terpanggil dan tersedar dengan hasil tulisan saya, kita tidak tahu. Wallahualam.. saya menyukai dakwah yang lemah lembut..tetapi tidak pula menentang sindiran dan kritikan

Maha suci Allah yang telah menggerakkan hatiku untuk memberi nasihat kepada manusia dan telah menjadikan kerja nasihat itu sebesar-besar cita-citaku”

–Abdul Qadir al-Kailani.

Monday, October 26, 2009

tip peperiksaan


rezian-na


Assalamulaikum wbt

Exam datang lagi. Pastikan akan telah bersedia menghadapinya. Ini adalah nasihat saya untuk pelajar-pelajar yang dikasihi

1. Betulkan niat menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.

2. Mohon mama dan papa doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam

3. Tidur yang cukup diantara 6 – 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

4. Jaga pemakanan.
Makanlah sebelum peperiksaan bermula untuk memberi tenaga bagi menjanakan minda kita

5. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang exam , pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

6. Berdoa dan bertawakal

Berperasaan positif dan jangan was-was. anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Doa Menghadapi Peperiksaan
Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran\


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa ‘ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii ‘aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”

Doa sebelum masuk dewan peperiksaan

(Wa hai yi’ lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang - dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.


(Allahumma inni as-alukal fauza ‘indal qadha wa manaazilasy syuhada wa ‘ai syas su ‘a da’ wan nasra alaal a’daa’)

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’ dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Tuesday, October 6, 2009

Ujian Allah

rezian-na

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”.
(surah al-Baqarah ayat ke 155,)

Allah meguji umatnya dengan berbagai ujian. Samada ujian kebaikan atau sebaliknya. Mungkin Allah menguji kita dari segi kekaya harta, bahagia hidup, tetapi dalam bahagia itu diri kita menjadi perhatian Allah dan manusia. Allah sentiasa menguji kita samada kita bersyukur atau kufur pada RahmatNYA. Setiap ujian Allah terhadap kita ada hikmat yang perlu kita syukuri secara iklas.

Sungguh kekayaan itu hanyalah pinjaman semata. Pemiliknya adalah yang kekal Abadi. Kita hanyalah insan yang hanya menumpang Kesempurnaan sifat-sifat ALLAG. Sekiranya ujian nikmat itu berupa darjat dan pangkat, maka ingatlah kekuasaan ALLAH dan AgungN Allah swt.. Sekiranya ujian itu berupa kecantikan, ingatlah akan diri kita, kecantikan itu hanyalah sementara dan kecantikan itu hanyalah nilaian zahir bagi manusia. Jadikanlah diri kita begitu berharga dan bernilai di hadapan Allah swt. Baginda bersabda : “ Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras dan kekayaan kamu, tetapi melihat pada amal dan hati-hati kamu.

"YA ALLAH HAMBAMU BERSYUKUR ATAS NIKMAT YANG ENGKAU BERIKAN'

Thursday, August 20, 2009

SELAMAT BERPUASA


rezian-na


Puasa secara amnya boleh diertikan sebagai menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa yang tertentu mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh

Firman Allah s.w.t kepada orang-orang beriman supya menyuruh mereka agar berpuasa. Iaitu menahan dari makan dan minum dengan niat ikhlas karena Allah s.w.t. Ini kerana nikmat berpuasa dapat penyucian dan pembersihan jiwa, juga menjernihkannya dari pemikiran yang buruk dan akhlak yang rendah

Selain daripada itu, Puasa adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206

Fadhilat puasa

Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmat.

Mendidik nafsu ammarah agar berubah nafsu yang tenang tenteram

Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat belas kasihan terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik dalam kehidupan mereka

Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Mendatangkan kebaikan dari segi kesihatan terutama mereka yang merokok untuk berlatih berhenti merokok

memberi kerehatan kepada perut untuk meningkatan kecekapan

menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia

Moga dengan berpuasa pada bulan ramadhan in akan menjadi kita orang-orang yang bertaqwa serta kesihatan yangbertambah baik.

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa. (Yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kalian ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagi kalian, jika kalian mengetahui"

(Al-Baqarah: 183-184)



SELAMAT BERPUASA

Monday, August 10, 2009

Bekerjalah

rezian-na


Kejayaan di dunia harus diseimbang dengan melaksanakan solat, berzikir , berdoa, dan harus juga disertai dengan membangunkan ekonomi individu, keluarga, masyarakat dan negara.Maka seimbangkan kehidupan kita dunia dan akhirat. Beramal dan beribadat.



Allah s.w.t berfirman:

وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Yang bermaksud:

Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Talaaq, Ayat: 126).

Wednesday, August 5, 2009

Wanita ingin tampil cantik


rezian-na

Semua wanita ingin tampil cantik, cantik secantik-cantiknya. Dalam Islam, muslimah mempercantik diri ertinya mempercantik diri luar dan dalam. Tampil cantik adalah bersesuian dengan tuntunan Islam dan ianya adalah sebuah ibadah.


Wanita yang cantik adalah wanita yang beriman kepada Allah serta wanita yang takut kepada Allah. Wanita akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi wanita yang salih dan wanita yang baik. Mengenai wanita-wanita yang disifatkan baik, Allah telah menjelaskannya dengan ayat berbunyi:


"Wanita-wanita yang salih (baik) ialah yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya" (4:34
).

Allah seterusnya menyebut di dalam al-Qur'an mengenai sifat-sifat wanita yang cantik dan baik , yang antaranya, adalah yang muslim, mukmin, benar, sabar, merendah hati, bersedekah, berpuasa, mengingat Allah dengan banyak, menyuruh yang baik, melarang yang mungkar, melakukan solat, memberi zakat, atau yang membuat kerja-kerja kebaikan. Wanita-wanita ini tentu menemui kebahagian.


Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan keintelektualnya, dan hati mangatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya

Monday, August 3, 2009

jatuh cinta/ fall in love


rezian-na

Topik paling disukai oleh remaja yang sedang mengenali apakah itu jatuh cinta!! Bila agaknya usia kita mula jatuh cinta?. Rasanya masa cinta monyet dulu kut...dengan siapa (rahsia). Selalu saya mengingati diri saya dan anak-anak kita perlu jatuh cinta pada Allah SWT. Baru lah Allah SWT akan mencurahkan cinta kita pada semua orang yang kita sayang, Anak-anak selalu bertanya, Ma!! macam mana jatuh cinta pada Allah?.

Beriman kepada Allah, Solat dan mengaji atau membaca al-Quran.

“Dan mereka yang telah Kami berikan Kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itulah yang beriman dengannya. Barang siapa yang ingkar terhadapnya mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah Al-Baqarah ayat) 121


Juga penting dalam kehidupan ini untuk bergaul dengan orang-orang solleh. Berada pada lingkungan kondusif dimana orang-orangnya dekat dengan Allah SWT, Insya Allah juga akan membawa kita jatuh cinta kepada-Nya

Selalu bersyukur atas nikmat yang sudah diberikan oleh Allah SWT. Jangan selalu melihat ke atas, lihatlah orang lain yang lebih susah. Begitu banyak nikmat yang diberikan oleh-Nya. Kita masih boleh bernafas, masih boleh menikmati makanan dan minuman , masih mempunyai keluarga yang penuh dengan cinta dan kasih sayang,masih punya kerjaya dan banyak nikmat Allah SWT beri kan. kita bersyukur dan berterimakasih pada-Nya


Dia Kekasih Allah - Hijaz

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Ya rasul... ya rasul! ku rindu padamu.... syafaatkan daku
Ya rasul... ya rasul! syafaat kan daku.... ku rindu padamu

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

By : Azani

Wednesday, July 15, 2009

Every cloud has a silver lining

rezian-na

It is a short phrase with a lot of meaning, encouraging us to look for the bright side to life’s disappointments and disasters There is something good in every bad situation Blessings that come after pain, hardship and tragedy are more precious to people. The benefit of pain, hardship and tragedy is to rescues man from negligence and alerts him for his shortcomings in keeping his duty to Allah so that he does not think that he is perfect, which would lead to hardening of his heart and carelessness.

Life can indeed be tough and may be filled with disappointments. It is the manner in which the way we handle such disappointments is actually the test of our character and faith

Al-Hasan al-Basri quoted: “Do not hate the trials that happen or the tragedies that happen to you, for they may be something that you hatred but it leads to your deliverance, and there may be something that you love, but it leads to your doom.”

So whether we are immersed in tragedy or simply worried by the minor annoyances of daily life, we should always strive to make the best of every circumstance and remember that life’s trials are an essential part of developing a good Muslim personality.


Or think you that you will enter Paradise without such (trials) as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, ‘When (will come) the Help of Allah?’ Yes! Certainly, the Help of Allah is near!”

[al-Baqarah 2:214].


Every cloud has a silver lining!
After long nights, comes the bright sun!
Life will soon give you a smile!
So be ready to get it

Tuesday, July 14, 2009

Berbakti dan mendoakan ibu bapa

rezian-na

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... ." setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."

Hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Baginda s.a.w. juga bersabda:
Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.

(Riwayat al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya

(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailam)

Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (makan, kesihatan, kerja, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

"My Lord, bestow me guidance so that I thank you for the favour which You bestowed upon me and my parents, and so that I may perform the good deeds which please You, and by Your mercy include me among Your bondmen who are worthy of Your proximity."[An-Naml 27:19]

Jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari. InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki bertambah

Thursday, July 9, 2009

pendidikan berterusan


rezian-na



Semasa di alam kanak-kanak, emak selalu berpesan pentingnya pelajaran. " anna belajar pandai-pandai nanti boleh dapat kerja yang baik". Itu sahaja harta yang mak boleh bagi untuk anak-anak. Kadang-kadang mak berkata " tak belajar tak apa, tengok je buku tu". Memang kalau dah tengok buku mestilah belajarkan. Sebagai pendidik saya selalu memotivasikan pelajar-pelajar tentang pentingkan pendidikan dunia dan akhirat. Begitu juga anak-anak saya. Peningkatan dalam pelajaran amat penting dan pembelajaran berterusan perlu tanpa ada rasa jemu menuntut ilmu. Ilmu yang dipelajari perlu diamalkan. Insyaalah
Surah Yunus: 57:
Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran
dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan
petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman

Tuesday, May 12, 2009

Perempuan-istimewa


rezian-na




Saya tertarik membaca blog seorang Khalifah Allah di muka bumi ini yang dapat dikongsi bersama.


ISTIMEWANYA PEREMPUAN ISLAM


Kaum hawa berkata, susah menjadi perempuan Islam, lihat saja peraturan dibawah ini :-


Perempuan auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki,
Perempuan perlu meminta izin suaminya apabila mahu keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya,
Perempuan saksinya kurang dibanding lelaki,
Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki,
Perempuan perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak,
Perempuan wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat kepada isterinya,
Talak terletak di tangan suami dan bukan di tangan istri,
Perempuan kurang dalam beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Hakikatnya.......

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan disayangi serta disimpan di tempat yang selamat dan terbaik.
Tentunya intan permata tidak akan dibiarkan terserak bukan? Demikian halnya dengan perempuan dan auratnya.
Perempuan perlu taat kepada suaminya, tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.
Bukankah ibu adalah seorang perempuan?
Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki, tetapi harta itumenjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima warisan, perlu menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini,dan jika meninggal kerana melahirkan anak adalah syahid.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan diminta bertanggungjawab terhadap 4 perempuan, iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Sedangkan seorang perempuan, ditanggung oleh 4 orang lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinyadan saudara lelakinya.

Seorang perempuan boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat iaitu solat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah, tetapi perempuan jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berjihad tanpa perlu mengangkat senjata.


Masya Allah.begitulah sayangnya Allah kepada perempuan.


Drp : cikguasrul.
Dicatat oleh AZHARI BIN HAMZAH


Monday, May 11, 2009

HARI IBU - Teruja bergelar "mama"









rezian-na

Saya teruja menjadi mama kepada 9 orang anak dan mama kepada pelajar-pelajar samada masih belajar atau yang telah bekerja. Semalam banyak sms yang telah saya terima memberikan ucapan "Happy mother's days". Terima kasih dan saya mendokan semoga Allah mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Juga terima kasih kepada Abah dan Papa kepada anak-anak saya atas ucapan ikhlas mereka.

Setalah bergelar mama baru saya tersedar betapa setia dan ikhlasnya mak membesarkan kami 5 orang tanpa mengira tenaga dan wang ringgit. Pengalaman bersalinan anak pertama adalah turning point dalam hidup saya dimana saya berjanji akan sentiasa mengembirakan mak (Che Tik) , mak mentua mahupun bekas arwah ibu mentua (Hamimah Bidin) - Al- Fatihah. Pergorbanan mereka tidak terbalas jua.

Tahun lepas saya membawa mak dan keluarga ke Restoran Seri Malayu. Tahun ini saya ingin satu pengalaman yang berlainan di mana saya membawa mak, bapa dan anak-anak ke Istana Budaya untuk berhibur bersama Konsert Black Dog Bone, Jay-Jay dan Rahim Othman. Ini merupakan konsert terbesar BDB setelah 30 tahun menyepikan diri. Antara lagu yang evergreen adalah Adikku Sayang, Bahagia dan Derita, Berilah aku harapan. Berpisah jua, Geram, Cahaya Adil Fitri , Bila rindu dan banyak lagi.

Jay Jay yang masih bertahan sehingga sekarang (saya merupa peminat setia) mengingatkan saya kisah silam dengan lagu bertajuk "Cukup sekali". Antara baris lirik yang masih bermain dalam memori saya ialah "Demi masa depan yang kita mimpikan. Hapuskanlah kenangan yang mengusik perasaan. Tiap kali memandangmu tak terhingga kesalku. Maafkan aku sayang menodai kepercayaanmu"

Apa yang mengembirakan saya apabila melihat orang yang saya amat sayang (mak dan bapa) bergembira and enjoy pada malam itu. Rata-rata persembahan mereka malam itu amat mengkagumkan dan suara mereka masih maintain walaupun usia telah meningkat. Malah anak-anak ( generasi baru ) masih boleh menerima lagu-lagu mereka.


SELAMAT HARI IBU KEPADA MEREKA YANG BERGELAR IBU
CERIA SELALU

Black Dog Bone - Khayalan
Khayalan menjelma ketika fikiran
Melayang menjauh menenangkan mu
Suaramu yang mesra mengalunkan lagu
Irama hatimu yang sepi

Aku dapat merasa
Engkau dalam derita
Kerna kasihmu tinggalkan pergi
Kumasih terkenang senandung dukamu
Yang engkau curahkan dimalam itu
Wajahmu terbayang mengukir senyuman
Yang penuh dengan kepahitan
Aku sungguh simpati
Akan nasib dirimu
Tapi apakan dayaku ini

( korus )
Diriku sudah pun berpunya kekasih hati
Tak mungkin kutukar ganti
Padamu yang datang dalam khayalan
Khayalan
( kau ) carilah pengganti agar kau gembira lagi
Usahlah engkau mengganggu
Wajahmu muncul dalam khayalan



Wednesday, May 6, 2009

salam perpisahan

Salam perpisahan buat Kak Asmah yang akan bersara dan untuk Suraya yang akan berpidah ke Puncak Alam












Satu Majlis perpisahan telah di adakan hari ini di bilik Mesyuarat khas untuk mereka yang telah berbakti dan berjasa untuk FSR am nya dan UiTM. Jasa mereka tetap dikenang dan rakan-rakan pasti akan terasa kehilangan. Lagu ini khas untuk kalian.


Album : Teman Sejati
Oleh : Brothers

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kau tetap pergi jua
Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba - Mu Diatas perpisahan ini
uwo.. ho..
Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi

Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

Oo.. ho.. o...

happy mother day- Through the years


rezian-na



My dear mum (Che Tik) and my mother in law (Salimah),



Artist: Rogers Kenny



Song: Through The Years



I can't remember when you weren't there
When I didn't care for anyone but you
I swear we've been through everything there is
Can't imagine anything we've missed
Can't imagine anything the two of us can't doI

Through the year,
you've never let me down
You turned my life around, the sweetest days
I've foundI've found with you ...
Through the years
I've never been afraid,

I've loved the life we've made
And I'm so glad I've stayed,
right here with you
Through the years



Through the years,
when everything went wrong
Together we were strong,
I know that I belonged
Right here with you ...



Through the years
I never had a doubt,
we'd always work things out
I've learned what love's about,
by loving you
Through the years

Through the years,
you've never let me down
You've turned my life around,
the sweetest days I've found
I've found with you ...

Through the years

It's better everyday,
you've kissed my tears away
As long as it's okay,
I'll stay with you
Through the years!



HAPPY MOTHER DAY TO ALL MOTHER .
MAY ALLAH BLESS YOU MUM.
LOVE ALWAYS.

Monday, April 6, 2009

F1 datang lagi








rezian-na
Formula one malaysia telah diadakan pada 3-5hb April 2009. F1 telah sebati dalam kehidupan saya. Pada 4hb saya membawa seramai 20 pelajar SR223 ke litar Sepang untuk mengedar "Questionnaire" untuk kajian tentang " sport tourists behaviour- Motor sport". Ini adalah pengalaman pertama mereka menemubual pelancong-pelancong yang hadir. Berbagai kerenah yang mewarnai event yang berprestage ini. Pengalaman yang cukup berkesan
Pada 5hb saya membawa punya saya 4 orang pelajar dan anak-anak saya (Dedel, Av dan Teiha)
Masing-masing peminat setia FERRARI termasuk mamanya. Walaupun hujan lebat dan ribut petir tidak mematahkah semangat kami. Performance FERRARI yang menurun membuat dedel tidak puas hati. Beliau mengomel tindakan organizer memulakan pertandingan jam 5 ptg dan bukan 4 ptg. Sehingga sekarang beliau geram kenapa Button menang dan hasil berbaki 30 pusingan lagi. Dedel memang peminat F1 beliau boleh mengingati pelumba serta enginnya sekali. Dedel juga ini mewakili Malaysi dalam F1 tapi kenapa perempuan tak minat ya mama? katanya

Results from the Malaysian Grand Prix:
1. Jenson Button (Britain) Brawn - Mercedes 1h 10m 59.092s
2. Nick Heidfeld (Germany) BMW Sauber +00:22.700
3. Timo Glock (Germany) Toyota 00:23.500
4. Jarno Trulli (Italy) Toyota 00:46.100
5. Rubens Barrichello (Brazil) Brawn - Mercedes 00:47.300
6. Mark Webber (Australia) RedBull - Renault 00:52.300
7. Lewis Hamilton (Britain) McLaren - Mercedes 01:00.700
8. Nico Rosberg (Germany) Williams - Toyota 01:11.500
9. Felipe Massa (Brazil) Ferrari 01:16.900
10. Sebastien Bourdais (France) Toro Rosso - Ferrari 01:42.100
11. Fernando Alonso (Spain) Renault 01:49.300
12. Kazuki Nakajima (Japan) Williams - Toyota 01:57.000
13. Nelson Piquet (Brazil) Renault 01:57.500
14. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 02:23.100
15. Sebastian Vettel (Germany) RedBull - Renault 1 lap
16. Sebastien Buemi (Switzerland) Toro Rosso - Ferrari 1 lap
17. Adrian Sutil (Germany) Force India - Mercedes 1 lap
18. Giancarlo Fisichella (Italy) Force India - Mercedes 2 laps r.
19.Robert Kubica (Poland) BMW Sauber 30 laps r.
20. Heikki Kovalainen (Finland) McLaren - Mercedes 31 laps



Tuesday, March 24, 2009

kerja dan stress


rezian-na


Kadang-kadang kita mengeluh banyak bebanan kerja. Stress ..Stress ..Stress. Baru-baru ini dalam akhbar tempatan mengatakan 10% tenaga pengajar terutama guru menghadapi gangguan emosi akibat bebanan kerja. Bukankan 'KERJA" yang halal adalah tuntutan agama terutama pekerja mendidik.

Kita hendaklah sentiasa menyedari dan menghayati bahawa setiap kerja yang dilakukan dengan niat kerana Allah dan pekerjaan yang halal adalah wajib bagi kita.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:

“Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah.”(Riwayat Al- Bukhari)

Stress

Stress terjadi apabila tugasan yang kita lakukan melebihi kemampuan kita dan kita alpha tentang kewujudan kita sebagai khalifah di dunia yang sementara ini .


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya”.(Al-Baqarah : 286)

Ayat tersebut menegaskan bahawa kita tidak ada sebab mengeluh dan mengatakan bahawa tugasnya terlalu berat dan sukar. Dengan sendirinya ayat itu jua menekankan bahawa seseorang pekerja itu boleh menyelesaikan segala tugas jawatannya melainkan pekerja itu sendiri tidak mahu menunaikan tanggungjawabnya.

Ya Allah lindungilah hamba mu ini dari hasutan syaitan.

Sunday, March 1, 2009

kesabaran

rezian-na

Sabar adalah satu kata yang mudah diucapkan tapi susah untuk diamalkan, terkadang kita menyakini bahawa kesabaran mempunyai titik batas sehingga kalau sudah melebihi batasnya manusia boleh melakukan apapun. Apabila kesabaran diuji, apakah tindakan kita???

يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

Doa menjadi orang yang sabar

'Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir'.
(Surah al-Baqarah : 250)

sabar adalah separuh dari iman

Wednesday, February 25, 2009

nilai sebuah perkahwinan


rezian-na


Tadi amira sms bunyinya begini "Selamat ulang tahun mama dan abah yang ke 3 tahun... semoga Allah panjangkan umur murahkan rezeki... bahagia selalu amin...". terima kasih anakku semoga kalian semua berbahagia dunia dan akhirat


Abang pun sms bunyi nya begini" helo helo ini kahwin punya hari ke.. balik rumah ke" rupa-rupa abang membeli chocolate cake. Erti nilai kasih sayang sebuah keluarga yang bahagia bukan terletak pada kebendaan tapi keiklasan dan kejujuran . Aku bersyukur kehadratmu Ya Allah kerana memberi hidayah serta kebahagian dalam kehidupan ini bersama suami yang tercinta dan anak-anak yang dikasihi. Semoga perjalanan hudup ini dipermudahkan oleh mu jua.
DOA ISTERI SOLEHAH
Ya Allah..Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah
Kau Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia
Kau Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu Ya Allah
Kau Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan mu Ya Allah
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlenaYa Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMuYa Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat MuYa Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia Ya Allah
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati..
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Monday, February 23, 2009

KETAWA HA HA HA









WAJAH WAJAH MEREKA YANG GEMBIRA






rezian-na

saya tertarik membaca tentang terapi ketawa yang diutarakan baru-baru ini. Semperna hari ketawa sedunia yang akan dilakukan setiap hari ahad bulan mei. Apa kebaikanya ketawa dalam kehidupan kita. Apakah kita telah terlupa untuk ketawa bersama keluarga, rakan-rakan dan jiran kita. Antara petikan dalam Kosmo 23/02/09

Pelik? Percaya atau tidak, membuatkan diri ketawa boleh menjadi terapi terbaik tanpa kita sedari. Maklumlah, seratus kali ketawa sehari bersamaan dengan 10 minit berjoging. Ini sudah semestinya lebih mudah dilakukan berbanding berlari mengelilingi sebuah padang.
Taip sahaja perkataan ketawa dalam enjin pencarian Internet dan ratusan fakta tentang terapi ini boleh ditemui. Daripada memberi kepuasan mental sehinggalah mengubah penampilan fizikal, ketawa seakan satu keupayaan paling berharga anugerah Tuhan.
Seorang pakar psikologi Jerman, Dr. Michael Titze dalam kajiannya pernah berkata, secara purata, mereka yang hidup pada tahun 1950-an ketawa selama 18 minit sehari. Kini, kebanyakan kita hanya menghabiskan maksimum enam minit untuk ketawa setiap hari.
Berbanding orang dewasa, kanak-kanak lebih mudah tersentuh dan ceria. Sehari, mereka boleh ketawa sehingga 400 kali padahal orang dewasa secara purata hanya ketawa sebanyak 15 kali


Gelak ketawa adalah baik untuk kesihatan kerana gelak ketawa itu mengurangkan tekanan mental dan menggerakkan kesemua organ dalaman anda. Penggunaan gelak ketawa untuk menyembuhkan tercatat sejak zaman Greece kuno lagi. Pada 1991, Klinik Ketawa pertama ditubuhkan di Britan. Jika kita merentas dunia, puak di Afrika dan di hutan khatulistiwa di Amerika Selatan menggunakan gelak ketawa sebagai alat untuk menyembuhkan. Penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa gelak ketawa mencetuskan pengeluaran dua bahan kimia neuropeptida yang dinamakan endorfin dan enkefalin.

Kedua-dua bahan kimia itu dikenali sebagai ubat penghilang kesakitan semula jadi badan. Gelak ketawa juga boleh menyebabkan badan kita mengeluarkan katekolamin bersama dengan adrenalin dan bukan-adrenalin, dipercayai mempercepatkan proses penyembuhan

Apabila bersama anak-anak , suami atau isteri cuba gelak ketawa dengan berinterasi samada melalui pergerakan atau perbualan. Pasti semuanya gembira dan terus gembira.

Dengan keluar bersama kawan juga untuk berseronok kita dapat menggandakan terapi itu. Kita bukan saja akan mendapat penawar gelak ketawa yang disyorkan malah kita juga berpeluang bergembira dengan orang yang kita suka. kita akan lebih sihat daripada interaksi sosial berkenaan.

Selamat Ketawa tapi jangan tak ingat dunia.

Thursday, February 19, 2009

Give a little love to the world

rezian-na

I like this song

Ziggy Marley - Give a Little Love

Livin’ in this crazy world
So caught up in the confusion
Nothin’ is makin’ sense
For me and you
Maybe we can find a way
There’s got be a solution
How to make a brighter day

What do we do
We got to give a little love,
have a little hope
Make this world a little better
Try a little more, harder than before

Let’s do what we can do together
Got the wars on our minds
Got the troubles on our shoulders
Sometimes it seems so muchWhat we go through

Maybe if we take the time
Time to understand each other
You can learn to make it right
What do we

Wednesday, February 11, 2009

family bonding

rezian-na

my opinion about family value is the bonding and relationship between family members. \Happy families have strong family bonds. Parents have to be responsible for strengthening and protecting these bonds. Tips :

1. Schedule in family time.
2. Solat Jemaah
3.Eat meals together as much as possible.
4. Do family responsibilities together.
5. Create a family mission statement.
6. Have family meetings.
7. Encourage support for each other.
8. Learning important life lessons together will strengthen the relationship you have with your children

Love our family sincerely. Alhamdullilah god lend me a good family members.

"you who have believed, save yourselves and your families from a fire whose fuel is men and stones, over which are (appointed) angels, stern (and) severe, who do not disobey Allah in what He orders them and (who) do (precisely) what they are commanded." [Qur'an, Surah At-Tahrim 66 -6]

Saturday, January 24, 2009

Xin Nian Kuai Le! (Happy New Year)


rezian-na

May this new year adorn your life with many beautiful things and sweet
memories to cherish forever. And care of those whom the heart holds
close, along with abundant joys and happiness, for you and your family.
Wishing you life's best this New Year



Fresh Air....
Fresh Idea....
Fresh Talent....
Fresh Energy....
I wish you to have a .....
Sweetest Sunday,
Marvelous Monday,
Tasty Tuesday,
Wonderful Wednesday,
Friendly Thursday,
Thankful Friday,
Successful Saturday.
Have a great Year. HAPPY NEW YEAR

(Speacilly to Tan, Dr Wee, Kee, Ong, Nadiah, Khor, Tham and the rest)

Friday, January 16, 2009

To realize

rezian-na

To realize
The value of a sister
Ask someone
Who doesn't have one.

To realize
The value of ten years:
Ask a newly
Divorced couple.

To realize
The value of four years:
Ask a graduate.
To realize

The value of one year:
Ask a student who
Has failed a final exam.

To realize
The value of nine months:
Ask a mother who gave birth to a still born.

To realize
The value of one month:
Ask a mother
who has given birth to
A premature baby.

To realize
The value of one week:
Ask an editor of a weekly newspaper.


To realize
The value of one hour:
Ask the lovers who are waiting to Meet.

To realize
The value of one minute:
Ask a person
Who has missed the train, bus or plane.

To realize
The value of one-second:
Ask a person
Who has survived an accident...

To! realize
The value of one millisecond:
Ask the person who has won a silver medal in the Olympics

Time waits for no one.
Treasure every moment you have.
You will treasure it even more when
you can share it with someone special

Thursday, January 15, 2009

actions speak louder than your words

rezian-na

I still remember bapak always said "actions speak louder than your words ". He always remind us to talk less and work more. He emphasized us to be an action oriented type of person. As result we learn how to solve problem in life and cope with it. He has a positive attitude whereby he added that " never look back but look for your future". This values runs in my four kids in educating them the real word of life now and after.

According to psychologists, parents are the most effective and reliable models for their children. Child learns many customs, ways of eating, communication, speaking, dressing by desire to imitate their parent. A child needs an example in their life in order to know what to do. What behaviour to have, and how to face difficulties.

The method used by Nabi Mohamed was the practical method. He act according to his words and because of that, his actions are one of the reliable sources in Islam called the Sunnah. He himself acted upon his words and instructions and used to train others to do the same in order to more effectively affect others.

Monday, January 12, 2009

ROOMBA




rezian-na
Semalan saya bersarapan pagi bersama rakan karib saya, Kak Pau, Kak Min dan Noraini. Berbagai topik yang kami bincangkan. Almaklumlah dah lama tak berjumpa. Apa yang menarik untuk dikongsikan tentang "roomba" robot yang boleh menyapu rumah kita dengan bersih dan kalau rumah bertingkat pun dia boleh melakukan. Saya terpukau dan semasa kalas Entreprenurial tadi saya memberi idea kepada mereka tentang cadangan business plan proposal "roomba" new innovation. Roomba mampu menyelip di antara kaki-kaki kerusi ruang tamu, bawah katil , malah naik-turun anak tangga untuk mengisap debu dan bakteria. Roomba dijual dengan harga RM2100
Roomba, robot pembersih lantai dan karpet, urusan membersih rumah kini jauh lebih mudah. Yang menyenangkan apabila kita keluar kerja balik sahaja, rumah dah bersih. Lebih menarik lagi adik roomba yang boleh mop dan scrub lantai rumah dan cucu roomba yang terkini boleh mengelap tingkap.

Saturday, January 10, 2009

bila anak-anak mengaji




rezian-na

Sudah hampir 7 tahun Ustaz Mohd mengajar anak-anak saya mengaji. Terima Kasih Ustaz Alhamdullilah Alf dah tamat dan Ald pula akan tamat tak lama lagi. Tapi ald kata dia nak terus mengaji dengan ustaz. Kini giliran Avie, Tieha dan Dedel pula mengaji. Ald dah masuk juz 26 bacaan jelas dan merdu. terasa sejuk perut ni melahirkan mereka. Mama berdoa agar anak-anak mama semuanya ditetapkan imannya, menjadi orang yang beriman dan berjaya dunia dan akhirat

Kini Dedel mengajar Adam ( sepupunya) mengeja. Amboi garangnye ustazah ni. Seronok melihat telatah anak-anak. Yang dah dewasa dengan ragamnya dan yang kecil dengan gelagatnya. Dua hari yang lalu Alf menelifon saya kata nya rindu sangat dengan mama. Itulah pinjaman Allah yang amat bernilai dan berharga. Mama sangat sayang dengan anak-anak mama termasuk pelajar-pelajar mama juga





Ustaz bersama anak muridnya.

Thursday, January 1, 2009

What Is Your New Year Resolution for 2009???

rezian-na

I still remember those days; my father will ask us the kids to prepare our resolution. This resolution often made before the New Year start and we gathered among us to discussed the previous resolution either achieved or not. For some, New Year’s resolutions are foolish, but for us they are serious. He said, “If you make a serious New Year’s resolution and actually it turned into a reality”. This is the chance to change something you do not like or improve your life. Regardless of what you decide, believe about it first. Do not just go with the first reflection that pops into your mind. Instead, believe about what you actually want to change or develop in your life. The only way to stick with your new year’s resolution is to make it something that is reachable...and not something so overpowering that you will never be able to complete.

According to sources, these are the popular list in most people’s New Year Resolution.

  • Lose Weight
  • Pay Off Debt(s)
  • Save Money
  • Get a Better Job
  • Get Fit
  • Eat Right
  • Get a Better Education
  • Quit Smoking
  • Reduce Stress Overall
  • Reduce Stress at Work
  • Take a Trip
  • Volunteer to Help Others
  • LOVE MY MAN/LADY


So what is your resolution for the year 2009????.