Monday, February 23, 2009

KETAWA HA HA HA









WAJAH WAJAH MEREKA YANG GEMBIRA






rezian-na

saya tertarik membaca tentang terapi ketawa yang diutarakan baru-baru ini. Semperna hari ketawa sedunia yang akan dilakukan setiap hari ahad bulan mei. Apa kebaikanya ketawa dalam kehidupan kita. Apakah kita telah terlupa untuk ketawa bersama keluarga, rakan-rakan dan jiran kita. Antara petikan dalam Kosmo 23/02/09

Pelik? Percaya atau tidak, membuatkan diri ketawa boleh menjadi terapi terbaik tanpa kita sedari. Maklumlah, seratus kali ketawa sehari bersamaan dengan 10 minit berjoging. Ini sudah semestinya lebih mudah dilakukan berbanding berlari mengelilingi sebuah padang.
Taip sahaja perkataan ketawa dalam enjin pencarian Internet dan ratusan fakta tentang terapi ini boleh ditemui. Daripada memberi kepuasan mental sehinggalah mengubah penampilan fizikal, ketawa seakan satu keupayaan paling berharga anugerah Tuhan.
Seorang pakar psikologi Jerman, Dr. Michael Titze dalam kajiannya pernah berkata, secara purata, mereka yang hidup pada tahun 1950-an ketawa selama 18 minit sehari. Kini, kebanyakan kita hanya menghabiskan maksimum enam minit untuk ketawa setiap hari.
Berbanding orang dewasa, kanak-kanak lebih mudah tersentuh dan ceria. Sehari, mereka boleh ketawa sehingga 400 kali padahal orang dewasa secara purata hanya ketawa sebanyak 15 kali


Gelak ketawa adalah baik untuk kesihatan kerana gelak ketawa itu mengurangkan tekanan mental dan menggerakkan kesemua organ dalaman anda. Penggunaan gelak ketawa untuk menyembuhkan tercatat sejak zaman Greece kuno lagi. Pada 1991, Klinik Ketawa pertama ditubuhkan di Britan. Jika kita merentas dunia, puak di Afrika dan di hutan khatulistiwa di Amerika Selatan menggunakan gelak ketawa sebagai alat untuk menyembuhkan. Penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa gelak ketawa mencetuskan pengeluaran dua bahan kimia neuropeptida yang dinamakan endorfin dan enkefalin.

Kedua-dua bahan kimia itu dikenali sebagai ubat penghilang kesakitan semula jadi badan. Gelak ketawa juga boleh menyebabkan badan kita mengeluarkan katekolamin bersama dengan adrenalin dan bukan-adrenalin, dipercayai mempercepatkan proses penyembuhan

Apabila bersama anak-anak , suami atau isteri cuba gelak ketawa dengan berinterasi samada melalui pergerakan atau perbualan. Pasti semuanya gembira dan terus gembira.

Dengan keluar bersama kawan juga untuk berseronok kita dapat menggandakan terapi itu. Kita bukan saja akan mendapat penawar gelak ketawa yang disyorkan malah kita juga berpeluang bergembira dengan orang yang kita suka. kita akan lebih sihat daripada interaksi sosial berkenaan.

Selamat Ketawa tapi jangan tak ingat dunia.