Thursday, June 5, 2008

Keindahan alam ciptaan Allah





























Kids beposing habis
mak dan alf





































Bunga dan lanskap yang indah dan segar















anna dan abang reza



Comeron Highland, Pahang, Malaysia

Paggilan telefon dari abang Reza (sulung) mengajak kami sekeluarga ke Cameron Highland ditolak oleh saya memandangkan saya dalam kesibukan menyiapkan thesis saya. Apabila dipujuk oleh anak-anak hati seoarang mama cair lebih lebih lagi cuti sekolah. Bersama mak tersayang, anak abang reza seramai 5 orang serta anak-anak saya seramai 6 orang perjalan bermula pada 2 jun hingga 4 jun 2008 (abah tak ikut main golf dekat nilai)

Kami bertolak pada jam 11 pagi dan tiba di Cameron Highland pada jam 2 petang dan kami menginap di rumah Homestay . Ingin merasa hidup dalam suasana kampung. Maklum sahaja kami dibesarkan di kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan saya terpegun dengan ciptaan Allah walaupun ini bukan kali pertama saya ke sini.

Dan telah Kami jadikan bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka..))(Surah Al-Anbiyaa': 31 )

(Terdapat kesan tanah runtuh, inilah akibatnya apabila manusia merosakkan dengan aktiviti pembalakan dan pembinaan)

Sambil asyik melihat keindahan alam, saya dikejukan oleh suara Ald (anak) yang mejerit keseronokan melihat “water fall” ( Lata Iskandar waterfall)). Teringat saya waktu kecil apabila bercuti bersama bapak, mak dan adik beradik beginilah tingkah laku saya apabila melihat “water fall” satu ketenangan yang menceriakan hidup saya.

Hujan yang rintik-rintik menghadkan lawatan kami. Kami ke Pasar Malam untuk membeli sayar-sayur yang fresh untuk menu malam. Alvie, tieha dan dedel (anak) terpegun melihat buah Strawberry . Menu untuk malam itu ialah Sayur canpuran sup, sambal belacan tomato dan ayam goreng rempah barbeque. Sesekali seronok makan ramai-ramai. “Sedap lah Cik Anna masak , celak anak-anak saudara, lalu anakku (Alf) menyampuk ” mama memang pandai masak tapi sekarang mama malas asyik kak lia (bibik) yang masak Aduhai anak-anak mama minta maaf atas kesibukan mama untuk menghabiskan thesis mama. Sikit lagi.ya.

Hari ke 2
Selepas solat,joging dan breakfast (kali ini giliran myra, anak yang menyediakannya) kami pun mula melawat tempat-tempat menarik

“Malaysian Agriculture and Research Institute's (MARDI) station” tidak dapat lari dari "cool and green enviroment" Agro-Technology Park Memang bagus bawa anak-anak bercuti disini untuk perkembangan emosi dan minda mereka. Mak pun sangat gembira melihat keindahann kurnian allah dan keletah cucu-cucunya

Kami sempat meronda-ronda di Tanah Rata, Brincang dan sempat singgah di Smoke House hotel.sempat juga kami memborong sayur-sayur segar , madu dan strawberry. Pagi hari ke 3 selepas sarapan kami bertolak dari Cameron Highland melalui jalan Simpang Pulai mudah dan selesa dan selamat sampai ke rumah

Catatan


Cuti-cuti pun saya sempat mengarang thesis saya tiba-tiba idea dan kreativiti mencurah-curah. Alhamdullih banyak fadilatnya lebih-lebih lagi melihat wajah mak, anak-anak saudara serta anak-anak ceria dan gembira.