Google+ Followers

Saturday, August 2, 2008

kehilangan

rezianna

Hari rabu yang lepas saya menguruskan satu insiden dimana pelajar UiTM (Fakulti Kejuruteraan Awan )kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Hati saya sayu dan pilu melihat keadaannya. Keadaan arwah seolah-olah bersujud. Terbayang saya bagaimana keadaan ibu dan bapa menerima berita tersebut. Terpancar wajah-wajah anak-anak saya serta pelajar-pelajar saya lalu berdoa kepada allah selamatkan mereka dan panjangkanlah umur mereka. Saya bekerja sama dengan pihak polis menghubungi pihak fakulti serta pihak HEP. Satu perkara yang tidak sanggup saya lakukan ialah menghubungi ibu bapanya dengan memberitahu khabar berita tersebut.Keesokannya saya menghubungi PA dekan Fakulti tersebut arwah telah selamat dikebumikan di tangkak Johot. Alfatihah