Seawal subuh saya kejukkan anak-anak saya, Ald, Alvie, Tieha dan Dedel untuk solat subuh bersama. Walaupun mereka agak liat, tapi apabila mendengar suara nada saya yang agak tinggi semuanya bangun. Teringat saya masih baya mereka , emak subuh subuh lagi dah bunyikan "alarm clock" nya dengan nada " tak baik anak dara bangun lambat nanti rezeki tak masuk" saya pun ulangi perkataan tersebut pada anak-anak saya.
Lepas itu saya arahkan mereka untuk spring cleaning dari bilik mereka hingga ke halaman rumah, biar bibik rehat sikit.Lagipun kalau tak latih mereka dari kecil tentu dah tak ada bibik nanti masalah besar. Biar mereka merugut sikit tapi demi kebaikan mereka. Saya berkata kepada Alvie yang berumur 11 tahun " mama masa baya alvie dan pandai masak lauk pauk dan kuih muih' mana tak nye kalau tah (pangillan nenek iaitu mak saya) kerja itu tugas mama lagi pun adik beradik mama semuanya lelaki. Kalau mama tak masak uncle cun (abang sulung saya Reza) yang masak. Sampuk Alvie patutlah Uncle Cun selalu masak sedap emmmmm lagi sedap dari mama.
Untuk motivasi mereka saya berjanji akan bawa mereka ke Subang Parade terutama Ke MPH Books Store. Tempat kegemaran kami sekeluarga. Walaupun dalam fikiran banyak kerja-kerja seperti research paper , exam paper termasuk OBE Program baru perlu dibereskan segara bagi saya mereka adalah lebih penting dalam kehidupan ini. Saya sedar bahawa tuhan hanya meminjamkan mereka pada saya. Dengan hati dan minda yang ikhlas serta jujur saya berjanji akan mendidik mereka dengan method yang terbaik dunia dan akhirat. will always love all of you
surah Al Hajj ayat 40-41, Allah berfirman:
Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala [...]