rezian-na
Semasa di alam kanak-kanak, emak selalu berpesan pentingnya pelajaran. " anna belajar pandai-pandai nanti boleh dapat kerja yang baik". Itu sahaja harta yang mak boleh bagi untuk anak-anak. Kadang-kadang mak berkata " tak belajar tak apa, tengok je buku tu". Memang kalau dah tengok buku mestilah belajarkan. Sebagai pendidik saya selalu memotivasikan pelajar-pelajar tentang pentingkan pendidikan dunia dan akhirat. Begitu juga anak-anak saya. Peningkatan dalam pelajaran amat penting dan pembelajaran berterusan perlu tanpa ada rasa jemu menuntut ilmu. Ilmu yang dipelajari perlu diamalkan. Insyaalah
Surah Yunus: 57:
Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran
dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan
petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman