Saturday, October 5, 2013

Kudrat dan iradat milik Allah

rezian-na Saya berpesan dengan diri saya dan juga anak anak sekelian agar kita benar-benar bertakwa kepada Allah SWT dengan mematuhi segala perintah nya serta menjauhi segala larangan-Nya. Semoga dengan itu hidup kita sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah SWT. Anak anak yang dikasihi , apa yang berlaku hari ini adalah mengikut pentadbiran kudrat dan iradat Allah SWT. Kita hanya berusaha. Yang menentukan adalah Allah SWT. Mama ingin berkongi masalah Seorang gadis cantik serta anak orang yang berada. Apa kehendah dan kemahuannya akan ditunaikan oleh ibu bapanya. Tetapi gadis cantik ini sentiasa merasakan tidak puas hati apa yang telah dilimpahkah Allah. Beruntung beliau kerana ada rakan rakan sekuliah menghadapi kemelut kewangan. Subhanalah , AllahhuAkabar gadis cantik ini sudi ke pejabat Mama meluahkan segala perasaan tidak tenteram serta depresi yang dialami. Segera mama memeluknya. Ia manusia memerlukan kasih sayang dan perhatian .kasih sayang yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. kasih sayang sejati milik Allah . Janganlah putus asa mohonlah rahmat dan pertolongan Allah s.w.t itu tandanya pergantungan kita kepada-Nya sangat lemah. “Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir ”. ( Ayat 87 : Surah Yusuf ) Anak anak ku yang disayangi ingatlah sesunggunya Pergantungan kepada Allah s.w.t membuat hati tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup. Kudrat dan iradat milik Allah Ya Allah sesungguhnya hamba mu ini sangat lemah, hina, jahil, serba kekurangan bantulah hamba hambamu mendekati mu