Friday, August 27, 2010

Sayang siapa


rezian-na

Sejak dari dulu mak dan bapak selalu tanya pada anak-anaknya "sayang siapa'. Selalumya bila mak tanya kami adik beradik akan jawab 'mak' dan bila bapa tanya kami jawab 'bapak'. Tapi bila kedua-duanya tanya serentak kami terdiam seketika. Itulah gelagat kami semasa kecil.

Masa dah berubah... pertanyaan yang sama ditanya pada anak-anak . ini jawapan mereka...Mama kami sayang Allah lepas tu nabi muhamad dan mama, mama dan mama.

"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)