Sunday, September 21, 2008

Haji Muda -buku


rezianna

Pagi semalan Tuan Hj Ridzwan menelepon saya, mencerita bagaimana seronoknya beliau tentang penghasilan buku tersebut serta melayani kerenah pembaca - pembaca serta menandatangani buku -buku tersebut. Secara am nya beliau adalah anak didikan Prof Dr. Muhd Kamil Ibrahim. Saya turut gembira dan sambil mengusik beliau " Kalau dah jadi celebrati jadi lupa kawan-kawan ya" Tuan Haji merupakan sahabat karib saya sewaktu kami bergelar siswa-siswi Kohort 1 DBA.

Bagi mereka yang akan ke Mekah tahun ini, inginkan buku secara percuma (tajaan) atau ingin membeli boleh hubungi saya (RM 19 senaskah) PM Zulkifli Kadir saya dah reserve untuk PM satu naskah.

Haji Muda: Tip-Tip Menjadi Tetamu Allah tulisan Tuan Hj Ridzwan Bakar kini berada di pasaran MPH, Popular Bookstore dan Kino

Antara kandungan buku ini yang saya petik dari blog beliau (ridzwan-bakar. blogsot.com) ialah


Secara umum buku ini mengandungi 4 bahagian.

Bahagian 1 membincangkan keperluan menunaikan Haji pada usia muda dan apakah bentuk cabaran pra-Haji.
Bahagian 2 menjemput pembaca untuk mengukur persediaan dan kemampuan Haji dalam konteks perjalanan di bumi Madinah.
Bahagian 3, mengupas cabaran sebenar Haji di Mekah, Arafah, Mudzalifah dan Mina. Bab ini menjemput pembaca untuk menghayati latihan mashyar di Arafah dan apakah mungkin orang muda bersedia menghadapi cabaran ini.
Akhir sekali Bahagian 4 menterjemahkan travelog Haji dalam konteks keinsafan diri, usaha berterusan untuk memperbaiki diri dan cabaran paska Haji. Bahagian ini juga memberi tips perancangan kewangan Haji kepada ibubapa/ bakal haji muda dan anggaran perbelanjaan haji.

Walaupun buku ini ditujukan kepada orang Muda, buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan termasuk warga emas kerana tarbiah perjalanan haji dan tips haji adalah bersifat umum yang boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca tanpa mengira usia.

Untuk mendapatkan naskah ini, tuan-puan boleh juga email Tuan Haji Ridzwan di tigeridz@gmail.com dengan menyatakan nama, bilangan unit dan no tel utk dihubungi. Sesiapa yang berhasrat untuk menaja buku ini dalam kuantiti yang banyak untuk di hadiahkan bolehlah terus menghubungi beliau 019-2628585

Nota: Saya tersetuh tentang cerita bagaimana arwah abahnya mula membuka akaun TH beliau dgn RM 10 serta pergorbanan beliau menjual kereta Merc yang dibeli sewaktu belajar di UK.

Saya ingin mengucapkah syabas atas usaha murni belau.