rezian-na
Semalam mak jatuh lagi.. puas kami pujuk mak pergi hospital yang berdekatan..mak membisu..tiba tiba abang sulung datang dan dengan hanya satu arahan.. "bawa mak pergi hospital sekarang:. begitu lah kuasa yang ada pada anak sulung " leader is Born" bergegas mak siap dibantu oleh pembantu ,, kami tersenggeh . Alhamdullilah mak akur akhirnya
Sampai di Hospital mak dibawa ke unit rawatan rapi zon kuning..Dr berpesan jika mak jatuh cepat cepat hantar ke Hospital.. Dr segerakan segala "procedure" ..MRI scan menunjukkan otak mak mula mengecil .."minor strok" ..tapi mak tetap semyum ..sangat positif..dalam keaada begini anak anak perlu tujukkan reaksi positif--gembirakan mak sambil berdoa dan terus berdoa..
Di hospital abang arahan adik beradik ,, anak anak dan cucu cucu apa yang dibuat, dibeli dan jadual jagaan mak . kami adik beradik dan yang lain ikut perintah ,,,kuasa anak sulung ..kami hormat pada yaag sulung .. terima kasih mak dan arwah bapak kerana mendidik kami untuk hormati orang ynag lebih tua dan sayang orang yang muda dari kami. AllahuAkbar
No comments:
Post a Comment