Google+ Followers

Friday, September 5, 2008

ular melawat rumah


rezianna

Tanggal 3 sept 2008 selepas berbuka puasa , kedengaran bibik menjerit-jerit cik anna cik anna ularrrrrrrrrr. Abang tanya saya, na apa nombor bomba. ieee itu adalah solution yang terakhir.jawab saya 999. lalu abang pun membuat pangilan. Hajat untuk solat terawih terpaksa dibatal. hanya abang sahaja ke mesjid negeri. setelah 30 minit ahli-ahli bomba dari sek 15 . Seorang dari mereka berkata " rumah akak ke". mereka masih ingat saya semasa di majlis anugerah dekan dimana panggilan palsu mengatakan komplek sukan ada kebakaran. Kebetulan saya mengikut encik khairul untuk menerangkan keadaan sebenar. Rupanya ada hikmahnya disebaliknya. oppp berbalik pada cerita ular, hampir 15 minit menunggu ular tersebut masih bermain chak chak aci. Dalam hati saya berdoa Ya allah semoga dapatlah ular tersebut ditangkap. Tiba-tiba cik adik bomba tersebut berkata "akak dah dapat ular jenis cobra" sambil menunjuk pada saya. Warna nya hijau kekuningan.

Sambil melihat ular tersebut saya berkata " pak jang maaf ya tempat kamu bukan disini bye. Terima kasih banyak- banyak kepada ahli-ahli bomba tersebut. sempat juga saya bungkuskan kuih muih, air mineral satu karton dan buah rampai untuk mereka tanda terima kasih. Orang cina percaya kalau ular masuk rumah bawa rezeki.Alhamdullillah rezeki di tangan Allah kita hanya berdoa dan berusaha.

2 comments:

ridzwan bakar said...

Rezeki nak dapat "Dr" le tu..

rezi said...

Berkat doa tuan haji insyallah walaubagaimanapun tuan haji akan dapar Dr dulu he he