Saturday, September 6, 2008

murah rezeki


rezianna

Bermula hari pertama puasa hingga kehari ini juadah berbuka puasa dirumah amat murah rezekinya. Alhamdullilah rezeki dari allah jua. Berbagai jenis lauk pauh dan kuih muih. Ada yang dimasak sendiri, bertukar -tukaran dengan jiran tidak ketinggalan abang manap yang suka membeli belah sehingga tak cukup dua tangan. Semalam saya berkata abang teringin minum teh tarik dan papaya. alhamdullillah di tunaikan .Terima kasih abang "love u lah". Tadi sewaktu saya menemani beliau ke DEMC untuk mengambil ubat harianya beliau berkata" abang suka beli lauk pauk dan kuih muih tu sebenarnya suka tengok anak-anak bersemangat makan bukan apa untuk memotivasikan mereka berpuasa dan seronok dapat makan bersama-sama. Ya Allah terima kasih kerana memberi kami kebahagian dan limpahkah kasih sayang mu pada kami semua . amin

2 comments:

Anonymous said...

Moga Allah memberi kita nikmat rezeki wang ringgit, dibebaskan hutang, merdeka dari riba', rezeki anak2 yang gagah dan cemerlang, rezeki ilmu, rezeki kemuliaan hati budi, mudah senyum, suka tolong orang, suka sedeqah walaupun tak de duit, rezeki fikiran yang baik, rezeki kesihatan, rezeki pergi Haji dan Umrah dan semua rezeki yang halal.

Ya Allah janganlah Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak mampu kami pikul.

Anonymous said...

amin ya rabil alamin. terima kasih ridz. Ya Allah semoga buku haji muda tulisan Tuan Haji Ridzwan Abu Bakar yang akan berada di pasaran pada 16 sep 2008 dapat sambutan yang hangat dan dimanfaat oleh semua. amin