Thursday, July 3, 2008

sikap palajar

rezianna

malu sungguh malu. bayangan pensyarah-pensyarah menunggu pelajar-pelajar baru untuk majlis suai kenal tidak mendapat sambutan. Hanya pelajar perempuan yang hadir. mana silapnya atau kegagalan berkomunikasi???????

Persoalan yang harus dijawab. Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri-ciri pelajar cemerlang?

Saya ingin berkonsi rahsia pelajar cemerlang yang dicadangkan oleh pakar motivasi Dato' Dr. Fadzillah Kamsah

Tip pelajar cemerkang


1.Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.
2.Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.
3.Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan / praktikkan.
4.Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa
5.Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.
6.Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.
7.Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.
8.Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.
9.Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.
10. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.
11.Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
12.Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.
13.Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.
14 Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.
15. Hargai masa dan rancang dengan betul.
Sumber : Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah

Wahai pelajar-pelajar cermin-cerminlah diri selalu.

2 comments:

Anonymous said...

Sukar utk respod. Bukan pelajar budak2, pelajar yg tua2pun sama aje. Itulah bila masuk U kerana nak scroll bukan utk ditarbiyahkan. Cuba mengaji camne Imam Shafie atau Imam Al-Ghazali menuntut ilmu, barulah meletup umat melayu. Bila budak2 melayu ni tak mengaji, gurupun dia org tak respek. Nantilah Jan 2009 I mula balik mengajar part-time kat UitM; boleh tumpang hayun budak2 yg tak nak ambil tahu susahnya kita berjuang dan berkorban utk 'meniti renjisan kedamaian' ni...

Nasihat saya, guru2 dan profesor2pun kenalah banyakkan istighfar, mungkin dosa2 anda menyebabkan studentpun tak respek. Wallahalam.

Anonymous said...

thanks for your tips. memang betul kita perlu banyak musahabah diri

Ya Allah Ya Tuhan ku..
Pimpinkanlah daku kejalan yang benar...
Dan peliharalah daku dari azab api neraka..
Maha Suci Tuhan..
Kepada Mu jua daku berserah...
Berusaha, Redho dan bertawakal.
Amin.