Google+ Followers

Tuesday, July 8, 2008

sentiasa mengingati Allah

rezianna

Saya terbaca mutiata kata ibnu-qayyun untuk dikongsi bersama.

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu,

note: apabila dihayati dengan sepenuh hati mampu memberi ketenangan dan kepuasan kepada diri kita, insya-Allah

Doa mohon ditetapkan hati agar sentiasa mengingati Allah

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِ كْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Ya Allah, bantulah kami supaya sentiasa mengingati-Mu dan sentiasa bersyukur kepada-Mu serta sempurna dalam melakukan ibadat kepada-Mu.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah: ayat 152, tafsirnya: "Kamu ingati Aku, nescaya Aku akan mengingati kamu pula".

Antara amalan yang dituntut oleh Islam sebagai jalan untuk memelihara hati dan mengelakkan diri daripada tipu daya syaitan ialah mengingati Allah ketika mula melakukan kerja. fikir-fikirlah

2 comments:

Ridzwan said...

Biasanya kita alpa dalam mengingati Allah. Thanks for the notes. Mungkin kita boleh start puasa Rejab (kalau belum mula) bagi memperkukuhkan hubungan dgn Allah.

ridzwan-bakar.blogspot.com

Sansukei.. said...

HaI...AsSaLaMuAlAikUm pUaN..sAyA PeLaJaR KElAs vErBaL PuAn kT PuSaT SuKaN..sAyA DaH AdA BlOg sAyA sEnDiRi..JeMpUtLaH MeLaWaT YeA..pAs 2 jAnGAN lUpE Bg eXtRa MaRkH ErK..HEHEHEHE