Anak anak yang dimuliakan,
Jadilah anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan ibu bapa srrta berbaktilah sejujur jujurnya selagi mereka masih ada di dunia ini.
Hormatilah dan dengarlah nasihat mereka walaupun ideologi berbeza , walaupun hati terbuku namun ingatlah keredhan Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa. Hindari menjadi anak yang derhaka, sesungguhnya anak yang derhaka tidak akan mencium bau Syurga.
Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari )
Peringatan bagi diri mama dan anak anak mama , sentiasa bersangka baik serta menjadi anak yang soleh dan soleha , jangan sesekali menderhaka kerana dosa menderhaka kepada ibubapa ini diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah s.w.t. iaitu dosa yang paling keji di atas muka bumi ini dan di sisi Allah s.w.t...
berfirman Allah maksudnya :
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.”
(Surah al-Nisaa’ ayat 36)
Anak anak ku yang dikasihi mulai saat ini mohonlah keampunan dari ibu bapa sekerap mungkin .
Tips berbuak baik kepada ibu bapa
1- Berbuat baik kepada ibubapa kita dapat pahala menyamai pahala berjihad fi sabilillah.
2- Berbuat baik kepada ibubapa kiya dapat pahala menyamai pahala haji dan umrah.
3- Berbuat baik kepada ibubapa kita akan diampunkan dosa oleh Allah s.w.t
4- Berbuat baik kepada ibubapa kita akan mendapat ganjaran syurga.
5- Berbuat baik kepada ibubapa akan menukarkan kecelakaan seseorang itu kepada kebahagiaan.
6- Berbuat baik kepada ibubapa akan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
7- Berbuat baik kepada ibubapa akan dimakbulkan doanya oleh Allah s.w.t
8- Berbuat baik kepada ibubapa akan diluaskan rezekinya.
9- Berbuat baik kepada ibubapa akan dipanjangkan umurnya.
10-Memberi nafkah kepada ibubapa seperti infaq ke jalan Allah s.w.t
11-Mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Subhanallah Allahuakbar
No comments:
Post a Comment