Tuesday, October 8, 2013

Keberkatan dalam kehidupan

Keberkatan dalam hidup berkeluarga

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat.

Anak anak  yang dirahmati Allah

Bersyukurlah kita kerana Allah kurniakan keluarga yang bahagia. Bahagiakan kita?. Ya amat bahagia kerana kita memiliki ketenangan dan penuh kasih sayang .kasih dan sayanglah Allah dan Allah akan limpahkan kasih sayang kita pada orang orang yang kita kasihi. Kasih sayang akan lahirnya kedamain dantara suami, isteri dan anak-anak. Saling nasihat menasihati, hormat menghormati dan percaya mempercayai. di antara satu sama lain.

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa seorang jejaka berkata kepada Nabi Muhammad SAW  “Beri aku nasihat”, Nabi berkata “Jangan suka marah”. Jejaka  mengulang permintaannya beberapa kali, dan Nabi menjawab “Jangan suka marah”. (Al Bukhori)

Itulah antara rahsia keberkatan keluarga adalah jangan suka marah.Ya Allah berikan hambamu kesabaran dan kemaafan serta  dan jauhi sikap kemarahan .

Orang yang menahan kemarahan dan memberi maaf kepada orang lain. Allah  cinta orang yang berbuat kebaikan. (Ali Imran 3:134)

Sebagai Ibubapa , Suami atau isteri , kita  harus mampu menampilkan peribadi yang dapat menimbulkan rasa tenteram dalam keluarga dengan sikap yang positif .Pasti dengn  rasa kasih sayanglah Allah akan limpahkan kedamaian dan keamanan. Insyallah keberkatan  berkeluarga   dalam  melayari bahtera kehidupan dengan aman dan damai.

Sesunguhnya Keluarga  yang diberkati Allah SWT akan melahirkan ciri  ciri Baitul Muslim dan keluarga yang tidak mendapat keberkataan melahirkan pergolakkan dan perselisihan  Oleh itu jadikanlah Islam sebagai panduan hidup berkeluarga untuk kita mendapat rahmat ,ketenangan dan keberkatan daripada Allah SWT

Anak anak yang dikasihi

Marilah sama-sama kita muhasabah diri  . Kenapa kita sering kita mengalami depresi jiwa, sentiasa tidak tenang dan tekanan hidup yang semakin meningkat. Analisa diri kita pasti kita akan dapat jawapannya  yang tak .kembali lah kita kepada Allah SWT dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya insya Allah rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT akan kita perolehi. bersabarlah atas ujian Allah.

Subhanallah Allahuakbar

“Hanya orang-orang yang bersabar yang disempurnakan pahalanya tanpa perhitungan” (Az-Zumar 39:10)

No comments: