Thursday, October 3, 2013

kahwin Muda- hilang fokus dalam pelajaran

Dr Mama Saya pelajar tahun akhir dan telah berkahwin 2 tahun yang lalu. Pada permulaan saya rasa bahagia dan dapat mengawal aturan hidup. Hakikatnya dalam perjalanan ini sangat payah dan panjang. Saya terpaksa mencari nafkah serta membahagikan masa antara kerja part time , keluarga dan pelajaran. Namun buat ketika ini,fokus saya telah hilang kerana kebimbangan masa depan saya dan keluarga . Saya juga amat risau, saya gagal sampai ke desitnasi. Saya amat tertekan dan sentiasa rasa malas untuk meneruskan pengajian saya. Saya amat memerlukan fokus itu kembali! MR HUSBAND J

1 comment:

Anonymous said...


Assalamualaikum.

Tahniah anda berkahwin diusia yang Muda. Saya sentiasa mengingatkan diri saya dan anak anak - mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya dan Allah menjanjikan rezeki diatas tangguggannya .

Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku." (Riwayat Bukhari)
Apa yang berlaku adalah lonjakan emosi anak sendiri yang yang tidak diurus dengan sepenuhnya. Ingatlah wahai anak ku , perkahwinan adalah pembinaan sebuah kelurga yang betanamkan cinta dan kasih sayang atas ikatan anugerah Allah yang harus dijaga dan dibaja.

Sebagai suami tanggujawab utama adalah mengutamakan amalan agama dalam menjalani kehidupan seharian.

Berusahalah dengan lebih terancang dalam menentukan arah yang lebih positif. Hadapi secara cabaran dan masalah sebagai peluang untuk lebih berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah Allah akan memberi rezeki seluas langit . percaya pada "The power of solat Dhuha"

Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. "

(Surah an-Nur : 32)

Subhanallah, AllahuAkbar . Ya Allah ya Allah, kami mohon keampunanMu