Monday, December 29, 2008

hijrah

rezian-na

Salam hijrah. Semoga tahun ini lebih produktif dan penuh dengan amalan.

untuk renungan:

Terjemahannya:

Dari Amir al-Mukminun Abu Hafs ‘Umar Ibn Khattab Radiyullah ‘Anh, katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda : Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.


Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

Pengertian Hijrah

  • Menurut bahasa ialah semata-mata meninggalkan.
  • Menurut istilah yang dikehendaki pada hadis pertama ialah meninggalkan negeri Mekah lalu beroindah ke Madinah demi untuk kepentingan agama Islam.
  • Hijrah dari segi pengertian secara umum ialah meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan perintahNya.
  • ·Hijrah yang dituntuti oleh Islam ialah hijrah dengan perkataan, perbuatan dan hati. Ertinya, tidak melakukan sesuatu yang dilarang itu sama ada dengan perkataan mahupun dengan lainnya.


Friday, December 26, 2008

Happy birthday Ailderyna-Kamil


rezian-na

Semalan 25 Disember merupakan cuti hari natal dan juga birthday dedel (nama manja). Pada tarikh yang sama dedel dilahirkan tepat jam 9 pagi di DEMC Shah Alam oleh Dr Norleen Salleh yang juga merupakan jiran sebelah rumah. Masih teringat sewaktu nak keluar rumah untuk ke DEMC sempat bagi tau " len dah nak bersalin" "ok len datang kejap lagi". dedel melalui proses ceaserian dan di lahir bersama selaput putih yang amat harum. Syukur alhamdullilah cukup sifat walaupun pada masa itu saya berumur 38 tahun.

Kini dedal petah bercakap serta berbahas dengan logiknya. Dedel nak tanya mama "mana santa yang nak bagi hadiah tu" jawab saya"nanti dedel bangun ada hadiah ok" tapi dedel tak letak stokin besar dekat tingkap? susah susah...Dedel sangat bertuah kerana dalam celebration hari natal banyak toys yang ada discount price.

Papa bertanya pada dedel nak hadiah apa? jawab nya mana boleh bagi tau surprise lahhh!!! tapi kalau dedel dapat tindik telinga lagi best. Memang nampak berseri lepas tindik

Pada malam nya Uncle Faris dan Ant Amy menyambut birthday dedel di tepi swimming pool di condo Wangsa Maju. Walaupun mama tidak sihat ( rasa nak demam) mama tatap bersama menyambut. HAPPY BIRTHDAY DEDEL. MY BIG TOYs

* gambar dedel bersama TK (tok Kassim) bapa saya dan kakak jieha

pendaftaran uitm

rezian-na

Minggu depan dan bermulanya kuliah. Terasa sangat singkat cuti pada kali ini. Bererti tidak puas cuti tahunan. Pagi tadi walaupun dalam keadaan deman, saya ke IPsis untuk pendaftaran semesta Dis - May 2009. Pada dasarnya saya hanya tahu mendaftaran secara manual sahaja .

Apabila pulang ke rumah, alf dan mira mengajar mamanya daftar online. memang mudah dan cepat dan bayaran melalui online banking (bank islam juga mudah) atau mesim ATM. Tidak sepertu dulu kena beratur dan mengambil masa yang lama. Habis juga dekat RM2000 (termasuk juga yuran anak-anak) alhamdullilah dapat banus tahun ini. Tahun depan?????? kegawatan ekonomi.

Tuesday, December 9, 2008

raya haji -pilihan masing-masing

rezianna

Tiga tahun yang lepas mahkamah telah memutuskan bahawa pembahagian hari raya untuk Alf, Ald, Alvie dan dedel mengikut giliran . Pada tahun ini hari raya haji disambut bersama papa mereka. Alf dan Alvie pilih untuk bersama papa, manakala ald memilih untuk bersama Tah (mak saya) dan Uncle Is di Kuala Lumpur. Dedel ni susah sikit . Dipujuk untuk beraya dengan papa dia tak mahu. Nak beraya dengan mama dan abah. Bila ditanya kenapa? sambil buat muka slamber dia menjawab " kesian mama dedel sayang sangat dekat mama, mama tak sayang dedel ke?" ini lah kerenah anak-anak bila dah dewasa.

Walaupun kami telah berpisah secara baik, kasih sayang dan perhatian anak-anak tidak dipisahkan malah mereka beruntung kerana ada papa dan abah.

Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masingnya dari limpahan kurnia-Nya. Dan adalah Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Bijaksana.
QS. an-Nisa' (4) : 130

Sykur alhamdullilah ada hikmah di sebaliknya

Monday, December 1, 2008

VIVA

rezianna

Sebentar tadi kira-kira jam 6.30 ptg Ridzwan Abu Bakar penulis Buku Haji Muda menelepon saya dengan nada yang agak stress. Stress kerana besuk adalah hari penentuan title "Dr". Kami adalah antara batch pertama DBA UiTM dan beliau adalah orang pertama yang akan VIVA dan mewakili kumpulan kami yang seramai 16 orang. Sambil ketawa kecil saya berkata "ANDA TELAH BUAT YANG TERBAIK DARI YANG BAIK MAKA BERSERAH PADA ALLAH" perasan risau jangan menghantui kita. Selalunya bila ridz dalam keadaan stress beliau akan call atau jumpa saya. Berbincang dan mengadu. Mungkin karakter saya yang sentiasa ceria dan suka bergurau. Perkataan pertama saya Relax lahh........buat apa stress. Life is short and enjoy it. Allah is there for us. "YA ALLAH KAU PERMUDAHKAN PERJALANAN VIVA RIDZWAN DAN MOGA SEMUA BERJALAN DENGAN LANCAR " AMEEN

Tiga tahun dulu saya cadangkan Prof Dr. Kamil sebagai supervisor untuk thesis beliau dan kami sama-sama pergi jumpa prof di pejabatnya. Kini beliau hampir sampai ke destinasi. Saya masih menghabiskan saki baki untuk sampai ke sana. Ridz dah dapat gelaran "Dr" jangan lupa kawan-kawan ya. (future CEO TM) Focus and be confident you can achieved it. Good Luck !!!!!!

seorang puteri

rezianna

Saudara Hisyam Che Mat tentu gembira apabila puteri yang dinantikan selamat dilahirkan pada 28/11/08. Seberat 3.2 kg wow pasti putih melepak seperti ibunya liza. Pesan saya jagalah anak-anak dengan sebaiknya dunia dan akhirat. Mereka adalah amanah dari allah dan dipinjamkan oleh nya. Selamat berpatang Liza dan selamat "berpuasa" syam . Kamila dan Kamil jangan buli adik ya