Google+ Followers

Friday, October 31, 2008

masalah Usus


rezianna

Tadi saya berbincang dengan Puan Norliza tentang permakanan terutama bagi kami yang telah melewati angka 4o. Perbincangan tertumpu pada kebersihan Usus baik usus besar atau usus kecil.

Masalah usus dalaman adalah disebabkan oleh,
Pengambilan makanan berlebihan yang mengandungi

* Protein yang bertahap tinggi, daging seperti daging lembu, kambing dan lain-lain.
* Kalori yang bertahap tinggi seperti makanan yang bergoreng dan berlemak
* Makanan yang telah disiapkan seperti makanan segera, minuman berkarbonat, kek, makanan dalam tin dan lain-lain.

Dan,

Kekurangan atau tidak cukup pengambilan makanan yang mengandungi

* Serat yang tinggi seperti buah-buahan, sayuran, kekacang dan lain-lain.

HASILNYA

1 FUNGSI PENGHADAMAN YANG TIDAK MEMUASKAN
2 USUS -Tempat pembiakan bakteria yang merbahaya
3 KEMUNCULAN PENYAKIT BARU

Kewujudan beribu-ribu bakteria yang merbahaya adalah disebabkan oleh makanan yang tidak dihadamkan dengan sempurna di dalam usus. Sebagai akibatnya, badan akan menghasilkan toksin yang akan mendatangkan keburukan kepada badan yang sihat. Inilah bagaimana koprostasis terperangkap di dalam tubuh dan menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit.

DENGAN ITU KEBERSIHAN USUS DALAMAN ADALAH SATU KEMESTIAN & ADALAH ASAS YANG TERBAIK UNTUK TUBUH YANG SIHAT.


Persoalan nya bagaimana untuk membersihkan usus yang telah berfungsi lebih dari 4o tahun?

1 comment:

ridzwan said...

Salam,
Dah tua rupanya 40thn??. Saya rasa bersihkan hati dulu, nescaya usus juga bersih.

ridz