Google+ Followers

Tuesday, June 17, 2008

Petai makanan kesukaan keluarga




Petai kenapa cerita pasal petai. baru-baru ini saya telah memasak masak lemak petai yang telah dikikis kulitnya, (masakan orang negori). petai merupakan kegemaran keluarga dari abahnya hingga ke anak yang berumur 4 tahun. Bukan itu sahaja buah peta tidak asing kepada masyarakat Malaysia sebagai ulam dan penyedap rasa dalam pelbagai resipi masakan tradisional. Buahnya sama ada dimakan segar, dijeruk atau direbus enak jika dimakan dengan nasi. Petai juga dikatakan mengandungi khasiat dan boleh dijadikan sebagai ubat.

Khasiat petai

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

dari segi saintifk nya

Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 70 g, protein 10 g, lemak 1.8 g, karbohidrat 16.9 g, kalsium 126 miligram (mg), fosforus 3 mg, ferum 3.4 mg, natrium 11 mg, kalium 376 mg, vitamin B1 0.15 mg, vitamin B 2 0.2 mg, niasin 0.5 mg dan vitamin C 32.7 mg

Tapi awas lepas makan petai jangan lupa gosok gigi dan kalau pergi rest room tu jangan lupa semburkan perfume sebab bau petai ni menyegat.

2 comments:

alvie ankmu... said...

mama macam tahu2 pulak...
yang kitaorg suka petai...
anyway...
we all love you...
we all love you cooking...
heheehe...
from me to you...
i give you a kiss...
muahhhh...

rezi said...

thank for your complement mama will always love all of you dunia and akhirat