Friday, June 6, 2008

Bakal siswa-siswi UiTM





Pagi ini saya membawa alf dan myra ke klinik Uitm. Izzul anak jiran juga turut sama. Mereka telah diterima masuk sebagai pelajar uitm dan proces pertama adalah medical check up. Hati ibu mana yang tak gembira apabila dapat tahu anak-anak dapat menyambungkan pelajaran mereka. Terkenang saya waktu mendapat surat tawaran itm 23 tahun yang lalu. Betapa gembiranya wajah mak dan bapa. Waktu itu itm hanyalah dianggap kelas ke 2. Rakan-rakan yang lain memilih UM, UPM dan UKM atau USM. Masa dah berubah UiTM telah menjadi pilihan utama dalam melanjutkan pelajaran.

Alf yang bermati-matian ingin mengambil jurusan accounting, malah bukan beliau sahaja ramai lagi rakan-rakan mereka yang meminati jurusan ini. Kenapa ya, rupa-rupanya fakulti perakaunan mempunyai strategi misi akademik yang berkesan. Mereka ke merata-rata sekolah untuk mempromosikan serta menanamkan minat terhadap accounting. Syabas fakulti perakaunan.

Myra pula ingin memgikut jejak mamanya dalam bidang business study. Agaknya macamana silibus sekarang, pasti banyak yang berubah.

Anak-anak mama, ini baru permulaan alam pelajaran yang sebenar, lakukan dengan iklas dan jujur dalam menimba ilmu. Ianya ibadat dan sentiasa patuhi perintah Allah. Mama akan sentiasa berdoa untuk kalian.




No comments: