Kepakaran saya adalah untuk membantu dan menyelesai masalah kekeluargaan masa kita.. Disini adalah rumah bertanya dan berkongsi ilmu - rezianna.blogsport.com Ilmu yang bermanfaat seharusnya dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, dan ilmu yang bermanfaat itu juga seharusnya dapat memperbaiki akhlak kita. DR REZIAN-NA MUHAMMED KASSSIM
Monday, October 26, 2009
tip peperiksaan
rezian-na
Assalamulaikum wbt
Exam datang lagi. Pastikan akan telah bersedia menghadapinya. Ini adalah nasihat saya untuk pelajar-pelajar yang dikasihi
1. Betulkan niat menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.
2. Mohon mama dan papa doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam
3. Tidur yang cukup diantara 6 – 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.
4. Jaga pemakanan.
Makanlah sebelum peperiksaan bermula untuk memberi tenaga bagi menjanakan minda kita
5. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang exam , pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
6. Berdoa dan bertawakal
Berperasaan positif dan jangan was-was. anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Doa Menghadapi Peperiksaan
Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran\
(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa ‘ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii ‘aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”
Doa sebelum masuk dewan peperiksaan
(Wa hai yi’ lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
Doa memohon kejayaan cemerlang - dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
(Allahumma inni as-alukal fauza ‘indal qadha wa manaazilasy syuhada wa ‘ai syas su ‘a da’ wan nasra alaal a’daa’)
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’ dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh
Nothing is a waste of time if you use the experience wisely and excellence is not a skill it is an attitude
Tuesday, October 6, 2009
Ujian Allah
rezian-na
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”.
(surah al-Baqarah ayat ke 155,)
Allah meguji umatnya dengan berbagai ujian. Samada ujian kebaikan atau sebaliknya. Mungkin Allah menguji kita dari segi kekaya harta, bahagia hidup, tetapi dalam bahagia itu diri kita menjadi perhatian Allah dan manusia. Allah sentiasa menguji kita samada kita bersyukur atau kufur pada RahmatNYA. Setiap ujian Allah terhadap kita ada hikmat yang perlu kita syukuri secara iklas.
Sungguh kekayaan itu hanyalah pinjaman semata. Pemiliknya adalah yang kekal Abadi. Kita hanyalah insan yang hanya menumpang Kesempurnaan sifat-sifat ALLAG. Sekiranya ujian nikmat itu berupa darjat dan pangkat, maka ingatlah kekuasaan ALLAH dan AgungN Allah swt.. Sekiranya ujian itu berupa kecantikan, ingatlah akan diri kita, kecantikan itu hanyalah sementara dan kecantikan itu hanyalah nilaian zahir bagi manusia. Jadikanlah diri kita begitu berharga dan bernilai di hadapan Allah swt. Baginda bersabda : “ Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras dan kekayaan kamu, tetapi melihat pada amal dan hati-hati kamu.
"YA ALLAH HAMBAMU BERSYUKUR ATAS NIKMAT YANG ENGKAU BERIKAN'

Subscribe to:
Posts (Atom)