Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Tuesday, May 12, 2009

Perempuan-istimewa


rezian-na




Saya tertarik membaca blog seorang Khalifah Allah di muka bumi ini yang dapat dikongsi bersama.


ISTIMEWANYA PEREMPUAN ISLAM


Kaum hawa berkata, susah menjadi perempuan Islam, lihat saja peraturan dibawah ini :-


Perempuan auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki,
Perempuan perlu meminta izin suaminya apabila mahu keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya,
Perempuan saksinya kurang dibanding lelaki,
Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki,
Perempuan perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak,
Perempuan wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat kepada isterinya,
Talak terletak di tangan suami dan bukan di tangan istri,
Perempuan kurang dalam beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Hakikatnya.......

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan disayangi serta disimpan di tempat yang selamat dan terbaik.
Tentunya intan permata tidak akan dibiarkan terserak bukan? Demikian halnya dengan perempuan dan auratnya.
Perempuan perlu taat kepada suaminya, tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.
Bukankah ibu adalah seorang perempuan?
Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki, tetapi harta itumenjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima warisan, perlu menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini,dan jika meninggal kerana melahirkan anak adalah syahid.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan diminta bertanggungjawab terhadap 4 perempuan, iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Sedangkan seorang perempuan, ditanggung oleh 4 orang lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinyadan saudara lelakinya.

Seorang perempuan boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat iaitu solat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah, tetapi perempuan jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berjihad tanpa perlu mengangkat senjata.


Masya Allah.begitulah sayangnya Allah kepada perempuan.


Drp : cikguasrul.
Dicatat oleh AZHARI BIN HAMZAH


Monday, May 11, 2009

HARI IBU - Teruja bergelar "mama"









rezian-na

Saya teruja menjadi mama kepada 9 orang anak dan mama kepada pelajar-pelajar samada masih belajar atau yang telah bekerja. Semalam banyak sms yang telah saya terima memberikan ucapan "Happy mother's days". Terima kasih dan saya mendokan semoga Allah mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Juga terima kasih kepada Abah dan Papa kepada anak-anak saya atas ucapan ikhlas mereka.

Setalah bergelar mama baru saya tersedar betapa setia dan ikhlasnya mak membesarkan kami 5 orang tanpa mengira tenaga dan wang ringgit. Pengalaman bersalinan anak pertama adalah turning point dalam hidup saya dimana saya berjanji akan sentiasa mengembirakan mak (Che Tik) , mak mentua mahupun bekas arwah ibu mentua (Hamimah Bidin) - Al- Fatihah. Pergorbanan mereka tidak terbalas jua.

Tahun lepas saya membawa mak dan keluarga ke Restoran Seri Malayu. Tahun ini saya ingin satu pengalaman yang berlainan di mana saya membawa mak, bapa dan anak-anak ke Istana Budaya untuk berhibur bersama Konsert Black Dog Bone, Jay-Jay dan Rahim Othman. Ini merupakan konsert terbesar BDB setelah 30 tahun menyepikan diri. Antara lagu yang evergreen adalah Adikku Sayang, Bahagia dan Derita, Berilah aku harapan. Berpisah jua, Geram, Cahaya Adil Fitri , Bila rindu dan banyak lagi.

Jay Jay yang masih bertahan sehingga sekarang (saya merupa peminat setia) mengingatkan saya kisah silam dengan lagu bertajuk "Cukup sekali". Antara baris lirik yang masih bermain dalam memori saya ialah "Demi masa depan yang kita mimpikan. Hapuskanlah kenangan yang mengusik perasaan. Tiap kali memandangmu tak terhingga kesalku. Maafkan aku sayang menodai kepercayaanmu"

Apa yang mengembirakan saya apabila melihat orang yang saya amat sayang (mak dan bapa) bergembira and enjoy pada malam itu. Rata-rata persembahan mereka malam itu amat mengkagumkan dan suara mereka masih maintain walaupun usia telah meningkat. Malah anak-anak ( generasi baru ) masih boleh menerima lagu-lagu mereka.


SELAMAT HARI IBU KEPADA MEREKA YANG BERGELAR IBU
CERIA SELALU

Black Dog Bone - Khayalan
Khayalan menjelma ketika fikiran
Melayang menjauh menenangkan mu
Suaramu yang mesra mengalunkan lagu
Irama hatimu yang sepi

Aku dapat merasa
Engkau dalam derita
Kerna kasihmu tinggalkan pergi
Kumasih terkenang senandung dukamu
Yang engkau curahkan dimalam itu
Wajahmu terbayang mengukir senyuman
Yang penuh dengan kepahitan
Aku sungguh simpati
Akan nasib dirimu
Tapi apakan dayaku ini

( korus )
Diriku sudah pun berpunya kekasih hati
Tak mungkin kutukar ganti
Padamu yang datang dalam khayalan
Khayalan
( kau ) carilah pengganti agar kau gembira lagi
Usahlah engkau mengganggu
Wajahmu muncul dalam khayalan



Wednesday, August 6, 2008

Kisah Bomoh yang diuji

rezianna


Shikin adalah sahabat saya sewaktu belajar di itm dungun (1985-1988) Beliau sentiasa menghantar email yang berbentuk tauladan, nasihat dan cerita kehidupan. Kali ini saya ingin berkongsi ilmu mengenai topik bomoh yang boeh dijadikan iktibar

Kisah Bomoh yang diuji

Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar untuk
menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang
dilakukan oleh mereka-mereka ini....

Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal
dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti
melingkupkan perniagaan orang lain. Bomoh ini amat
terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan
orang lain hancur....nauzubill ah...

Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin
sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka
terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh
handal tersebut.

Saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya
lihat hampir setiap hari pelanggannya datang malah
kadangkala jumlahnya terlalu ramai...

Bomoh itu mendengar dengan teliti sambil
mengangguk-angguk kepala. (Aksinya seperti seorang
profesor sedang berfikir dan kelihatan handal).

Saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan
saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar
pelanggan beralih pula ke kedai sekitarnya pula.

Bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya,
"Anak ini berniaga kah?"

Saya menjawab: Tidak. saya hanya.......

Mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan.
"Biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk
melingkupkan perniagaan saingan tetapi anak ini
mahukan orang lain yang mendapat untung padahal anak
ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?"

Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan
lain. Sejak si polan ini berniaga, peniaga kecil di
sekitarnya kurang mendapat pelanggan. Saya mahu si
polan tadi lingkup dan pastinya pelanggan yang lain
akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini.

Bomoh tadi mengangguk. Wajahnya nampak serius benar.
"Baiklah. Kalau anak mahukan pak cik lingkupkan
perniagaan mereka, anak perlu bawa barang-barang ini"
Lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk
mengenakan sihir terhadap si polan tadi.

"Sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau
nama kedai sahaja sudah cukup. Biar pak cik ajar
cukup-cukup" .

Saya: Ada ...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama
kedainya cukup saya ingat...

"Bagus. Senang kerja pak cik. Apa nama kedai yang anak
hendak kenakan ini?" tanya bomoh tadi.

Saya: Err..McDonald dan KFC.....

Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. Marahnya
bukan kepalang dengan saya. Katanya saya ingin
mempermainkannya tetapi saya menjawab.
"Saya benar-benar pakcik. Saya mahu membantu golongan
perniagaan kecil di luar sana . Kalau boleh tutup
McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan beralih
angin ke kedai lain...."( dalam hati saya tertawa besar)

Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar
saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya
juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar
sebegitu....

Moralnya. ...mereka ini hanya bermain silap
mata. Sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas
sesiapa..... hanya mengunakan tipu daya sahaja...

Dan bagi mereka yang percaya tentang perkara
ini, kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan
yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh
si polan dan si polan lain.

Dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan
betul) kita boleh lingkup juga....atur strategi
perniagaan dan amanah..InsyaAllah anda semua akan
maju..Wallahualam. ..

Maaf andai ada yang tersinggung
dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk
melakukan apa-apa kecuali dengan izinNYa...Allahuakb ar!