rezian-na
Tadi amira sms bunyinya begini "Selamat ulang tahun mama dan abah yang ke 3 tahun... semoga Allah panjangkan umur murahkan rezeki... bahagia selalu amin...". terima kasih anakku semoga kalian semua berbahagia dunia dan akhirat
Abang pun sms bunyi nya begini" helo helo ini kahwin punya hari ke.. balik rumah ke" rupa-rupa abang membeli chocolate cake. Erti nilai kasih sayang sebuah keluarga yang bahagia bukan terletak pada kebendaan tapi keiklasan dan kejujuran . Aku bersyukur kehadratmu Ya Allah kerana memberi hidayah serta kebahagian dalam kehidupan ini bersama suami yang tercinta dan anak-anak yang dikasihi. Semoga perjalanan hudup ini dipermudahkan oleh mu jua.
DOA ISTERI SOLEHAH
Ya Allah..Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Ya Allah..Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah
Kau Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia
Kau Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu Ya Allah
Kau Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan mu Ya Allah
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlenaYa Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMuYa Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat MuYa Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia Ya Allah
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati..
Amin, Ya Rabbi Allamin…….
7 comments:
mama dan abah
selamat ulang tahun perkahwinan.
keluarga kita best and world
we love you mama and abah
As, ajoi, mira, alf,ald, avie, tiehah,dedel n aqil
Selamat hari ulang tahun perkahwinan..Semoga diberkati dan dilimpahi rahmat Allah selalu..anda seorang yang tabah...
thanks ereen
moga hidup ini dikurniakan kebahagian dunia dan akhirat
rezi
Happy Anniversary puan,
moga keluarga puan dirahmati Allah selalu dan bahagia selamanya dunia akhirat...amin, InsyaAllah..
Macam cinderella cakap..."Happily ever after"...
DEAR MAMA,
love you!!!
i always love you!!!
hope mama sentiasa dipanjangkan umur dan murah rezki!
i always with you!
thanks
rezi
Kak Na (as requested, dulu Puan..)
Semoga bertambah88x lipat ganda kebahagian di dunia dan akhirat. InsyaAllah..
Post a Comment