Saturday, January 10, 2009

bila anak-anak mengaji




rezian-na

Sudah hampir 7 tahun Ustaz Mohd mengajar anak-anak saya mengaji. Terima Kasih Ustaz Alhamdullilah Alf dah tamat dan Ald pula akan tamat tak lama lagi. Tapi ald kata dia nak terus mengaji dengan ustaz. Kini giliran Avie, Tieha dan Dedel pula mengaji. Ald dah masuk juz 26 bacaan jelas dan merdu. terasa sejuk perut ni melahirkan mereka. Mama berdoa agar anak-anak mama semuanya ditetapkan imannya, menjadi orang yang beriman dan berjaya dunia dan akhirat

Kini Dedel mengajar Adam ( sepupunya) mengeja. Amboi garangnye ustazah ni. Seronok melihat telatah anak-anak. Yang dah dewasa dengan ragamnya dan yang kecil dengan gelagatnya. Dua hari yang lalu Alf menelifon saya kata nya rindu sangat dengan mama. Itulah pinjaman Allah yang amat bernilai dan berharga. Mama sangat sayang dengan anak-anak mama termasuk pelajar-pelajar mama juga





Ustaz bersama anak muridnya.

Thursday, January 1, 2009

What Is Your New Year Resolution for 2009???

rezian-na

I still remember those days; my father will ask us the kids to prepare our resolution. This resolution often made before the New Year start and we gathered among us to discussed the previous resolution either achieved or not. For some, New Year’s resolutions are foolish, but for us they are serious. He said, “If you make a serious New Year’s resolution and actually it turned into a reality”. This is the chance to change something you do not like or improve your life. Regardless of what you decide, believe about it first. Do not just go with the first reflection that pops into your mind. Instead, believe about what you actually want to change or develop in your life. The only way to stick with your new year’s resolution is to make it something that is reachable...and not something so overpowering that you will never be able to complete.

According to sources, these are the popular list in most people’s New Year Resolution.

  • Lose Weight
  • Pay Off Debt(s)
  • Save Money
  • Get a Better Job
  • Get Fit
  • Eat Right
  • Get a Better Education
  • Quit Smoking
  • Reduce Stress Overall
  • Reduce Stress at Work
  • Take a Trip
  • Volunteer to Help Others
  • LOVE MY MAN/LADY


So what is your resolution for the year 2009????.

Monday, December 29, 2008

hijrah

rezian-na

Salam hijrah. Semoga tahun ini lebih produktif dan penuh dengan amalan.

untuk renungan:

Terjemahannya:

Dari Amir al-Mukminun Abu Hafs ‘Umar Ibn Khattab Radiyullah ‘Anh, katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda : Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.


Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

Pengertian Hijrah

  • Menurut bahasa ialah semata-mata meninggalkan.
  • Menurut istilah yang dikehendaki pada hadis pertama ialah meninggalkan negeri Mekah lalu beroindah ke Madinah demi untuk kepentingan agama Islam.
  • Hijrah dari segi pengertian secara umum ialah meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan perintahNya.
  • ·Hijrah yang dituntuti oleh Islam ialah hijrah dengan perkataan, perbuatan dan hati. Ertinya, tidak melakukan sesuatu yang dilarang itu sama ada dengan perkataan mahupun dengan lainnya.


Friday, December 26, 2008

Happy birthday Ailderyna-Kamil


rezian-na

Semalan 25 Disember merupakan cuti hari natal dan juga birthday dedel (nama manja). Pada tarikh yang sama dedel dilahirkan tepat jam 9 pagi di DEMC Shah Alam oleh Dr Norleen Salleh yang juga merupakan jiran sebelah rumah. Masih teringat sewaktu nak keluar rumah untuk ke DEMC sempat bagi tau " len dah nak bersalin" "ok len datang kejap lagi". dedel melalui proses ceaserian dan di lahir bersama selaput putih yang amat harum. Syukur alhamdullilah cukup sifat walaupun pada masa itu saya berumur 38 tahun.

Kini dedal petah bercakap serta berbahas dengan logiknya. Dedel nak tanya mama "mana santa yang nak bagi hadiah tu" jawab saya"nanti dedel bangun ada hadiah ok" tapi dedel tak letak stokin besar dekat tingkap? susah susah...Dedel sangat bertuah kerana dalam celebration hari natal banyak toys yang ada discount price.

Papa bertanya pada dedel nak hadiah apa? jawab nya mana boleh bagi tau surprise lahhh!!! tapi kalau dedel dapat tindik telinga lagi best. Memang nampak berseri lepas tindik

Pada malam nya Uncle Faris dan Ant Amy menyambut birthday dedel di tepi swimming pool di condo Wangsa Maju. Walaupun mama tidak sihat ( rasa nak demam) mama tatap bersama menyambut. HAPPY BIRTHDAY DEDEL. MY BIG TOYs

* gambar dedel bersama TK (tok Kassim) bapa saya dan kakak jieha

pendaftaran uitm

rezian-na

Minggu depan dan bermulanya kuliah. Terasa sangat singkat cuti pada kali ini. Bererti tidak puas cuti tahunan. Pagi tadi walaupun dalam keadaan deman, saya ke IPsis untuk pendaftaran semesta Dis - May 2009. Pada dasarnya saya hanya tahu mendaftaran secara manual sahaja .

Apabila pulang ke rumah, alf dan mira mengajar mamanya daftar online. memang mudah dan cepat dan bayaran melalui online banking (bank islam juga mudah) atau mesim ATM. Tidak sepertu dulu kena beratur dan mengambil masa yang lama. Habis juga dekat RM2000 (termasuk juga yuran anak-anak) alhamdullilah dapat banus tahun ini. Tahun depan?????? kegawatan ekonomi.

Tuesday, December 9, 2008

raya haji -pilihan masing-masing

rezianna

Tiga tahun yang lepas mahkamah telah memutuskan bahawa pembahagian hari raya untuk Alf, Ald, Alvie dan dedel mengikut giliran . Pada tahun ini hari raya haji disambut bersama papa mereka. Alf dan Alvie pilih untuk bersama papa, manakala ald memilih untuk bersama Tah (mak saya) dan Uncle Is di Kuala Lumpur. Dedel ni susah sikit . Dipujuk untuk beraya dengan papa dia tak mahu. Nak beraya dengan mama dan abah. Bila ditanya kenapa? sambil buat muka slamber dia menjawab " kesian mama dedel sayang sangat dekat mama, mama tak sayang dedel ke?" ini lah kerenah anak-anak bila dah dewasa.

Walaupun kami telah berpisah secara baik, kasih sayang dan perhatian anak-anak tidak dipisahkan malah mereka beruntung kerana ada papa dan abah.

Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masingnya dari limpahan kurnia-Nya. Dan adalah Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Bijaksana.
QS. an-Nisa' (4) : 130

Sykur alhamdullilah ada hikmah di sebaliknya

Monday, December 1, 2008

VIVA

rezianna

Sebentar tadi kira-kira jam 6.30 ptg Ridzwan Abu Bakar penulis Buku Haji Muda menelepon saya dengan nada yang agak stress. Stress kerana besuk adalah hari penentuan title "Dr". Kami adalah antara batch pertama DBA UiTM dan beliau adalah orang pertama yang akan VIVA dan mewakili kumpulan kami yang seramai 16 orang. Sambil ketawa kecil saya berkata "ANDA TELAH BUAT YANG TERBAIK DARI YANG BAIK MAKA BERSERAH PADA ALLAH" perasan risau jangan menghantui kita. Selalunya bila ridz dalam keadaan stress beliau akan call atau jumpa saya. Berbincang dan mengadu. Mungkin karakter saya yang sentiasa ceria dan suka bergurau. Perkataan pertama saya Relax lahh........buat apa stress. Life is short and enjoy it. Allah is there for us. "YA ALLAH KAU PERMUDAHKAN PERJALANAN VIVA RIDZWAN DAN MOGA SEMUA BERJALAN DENGAN LANCAR " AMEEN

Tiga tahun dulu saya cadangkan Prof Dr. Kamil sebagai supervisor untuk thesis beliau dan kami sama-sama pergi jumpa prof di pejabatnya. Kini beliau hampir sampai ke destinasi. Saya masih menghabiskan saki baki untuk sampai ke sana. Ridz dah dapat gelaran "Dr" jangan lupa kawan-kawan ya. (future CEO TM) Focus and be confident you can achieved it. Good Luck !!!!!!

seorang puteri

rezianna

Saudara Hisyam Che Mat tentu gembira apabila puteri yang dinantikan selamat dilahirkan pada 28/11/08. Seberat 3.2 kg wow pasti putih melepak seperti ibunya liza. Pesan saya jagalah anak-anak dengan sebaiknya dunia dan akhirat. Mereka adalah amanah dari allah dan dipinjamkan oleh nya. Selamat berpatang Liza dan selamat "berpuasa" syam . Kamila dan Kamil jangan buli adik ya

Friday, November 28, 2008

pegawal keselamatan uitm sentiasa menceriakan

rezianna

Pagi tadi sewaktu saya memasuki perkarangan Uitm Melalui pinti gate Utama, terdapat sebarisan pengawai dan pengawal keselamatan yang sedang menunggu VVIP hadir untuk konvo yang ke 69 lalu mereka terus memberi tabit hotmat dan ada yang melambai pada saya. Sambil tersenyum saya membalasnya. itulah routine harian pagi saya sebab mereka ini yang memceriakan pagi saya. Lambai sambil tunjuk non verbal gesture - hand ie best

Apabila sampai ke Fakulti, En Hasbullah (Timb Dekan) menyapa saya katanye" Wah!!! Kak Anna lalu pak guard ada yang tabit dan lambai, saya dekat belakang kereta kak anna hanya satu orang yang lambai, ini mesti kak anna orang penting" saya hanya mampu senyum dan ketawa.

Pada hakikatnya emak dan bapak selalu berpesan supaya merendahkan diri tidak kira tukang kebun, bibik , pak guard atau boss sekali pun. Mesti ikhlas dalam memberi salam dan sentiasa lemparkan senyuman. Itulah rahsianye. Nilai-nilai murni ini juga saya terapkan kepada anak-anak saya dan juga pelajar-pelajar saya. Kalau kita nak orang tegur kita, kita tegur dia dulu dan kalau kita nak orang hormat kita, kita hormat dia dulu. Hukum Karma

Thursday, November 27, 2008

musim haji

rezianna

kepada rakan-rakan dan sanak saudara yang telah selamat sampai ke mekah dan yang akan berangkat saya sekeluarga berdoa agar Allah mempermudahkan dan mendapat haji mahbrur.
kawan baik saya Noraini, raja aman dan dr norleen selamat pergi dan pulang