Kepakaran saya adalah untuk membantu dan menyelesai masalah kekeluargaan masa kita.. Disini adalah rumah bertanya dan berkongsi ilmu - rezianna.blogsport.com Ilmu yang bermanfaat seharusnya dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, dan ilmu yang bermanfaat itu juga seharusnya dapat memperbaiki akhlak kita. DR REZIAN-NA MUHAMMED KASSSIM
Friday, June 13, 2008
rezi: doa-doa
doa-doa





Doa ialah satu ucapan permohonan dari hambaNya kepada Alllah dengan rendah diri dari hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan rahmat.Doa adalah satu ibadah. ia merupakan salah satu tanda kerendahan diri hamba pada Allah
Orang yang beriman selalu mendoakan:
“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”. ( Ayat 201 : Surah al-Baqarah )
Tujuan doa adalah agar kita dapat lebih dekat dengan Allah. Pada saat kita berkata kepada Allah tentang permintaan maaf atas dosa- dosa kita, mengucapkan syukur atas segala yang telah diperbuat.
marilah kita sama-sama berdoa pada allah. Berdoalah dengan penuh yakin dan harap agar permintaan kita dikabulkan. insyallah
Tuesday, June 10, 2008
Aideryna-dedel


Saturday, June 7, 2008
harga barang semuanya naik!!!!!!!
Berita Perdana TV3 membuat tinjauan di pasar borong chowkit dan selayang. rata-rata barang meningkat lebih dari 35%. Cili merah dari RM9 ke RM10. Seorang pembeli berkata dalam keadaan kegawatan ini , kalau dulu beli beras qualiti yang mahal sekarang beli yang murah. Sayur kalau dulu beli sekilo sekarang 1/2 kilo. Kata bibik saya "cik anna jum kita tanam ubi kayu susah-susah masak nasi campur ubi kayu lagi nyaman" Ada juga kebenaranya...
Harga minyak akan terus meningkat dan melonjak naik Apa akan jadi dengan ekonomi 2008?Rakyat akan terasa keperintan terutama seperti kita yang berpendapatan sederhana dan rendah. Gawat-gawat!!!!!!!!!!
Friday, June 6, 2008
Bakal siswa-siswi UiTM

Alf yang bermati-matian ingin mengambil jurusan accounting, malah bukan beliau sahaja ramai lagi rakan-rakan mereka yang meminati jurusan ini. Kenapa ya, rupa-rupanya fakulti perakaunan mempunyai strategi misi akademik yang berkesan. Mereka ke merata-rata sekolah untuk mempromosikan serta menanamkan minat terhadap accounting. Syabas fakulti perakaunan.
Myra pula ingin memgikut jejak mamanya dalam bidang business study. Agaknya macamana silibus sekarang, pasti banyak yang berubah.
Anak-anak mama, ini baru permulaan alam pelajaran yang sebenar, lakukan dengan iklas dan jujur dalam menimba ilmu. Ianya ibadat dan sentiasa patuhi perintah Allah. Mama akan sentiasa berdoa untuk kalian.
Thursday, June 5, 2008
Keindahan alam ciptaan Allah



Kids beposing habis
mak dan alf

anna dan abang reza
Comeron Highland, Pahang, Malaysia
Paggilan telefon dari abang Reza (sulung) mengajak kami sekeluarga ke Cameron Highland ditolak oleh saya memandangkan saya dalam kesibukan menyiapkan thesis saya. Apabila dipujuk oleh anak-anak hati seoarang mama cair lebih lebih lagi cuti sekolah. Bersama mak tersayang, anak abang reza seramai 5 orang serta anak-anak saya seramai 6 orang perjalan bermula pada 2 jun hingga 4 jun 2008 (abah tak ikut main golf dekat nilai)
Kami bertolak pada jam 11 pagi dan tiba di Cameron Highland pada jam 2 petang dan kami menginap di rumah Homestay . Ingin merasa hidup dalam suasana kampung. Maklum sahaja kami dibesarkan di kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan saya terpegun dengan ciptaan Allah walaupun ini bukan kali pertama saya ke sini.
Dan telah Kami jadikan bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka..))(Surah Al-Anbiyaa': 31 )
(Terdapat kesan tanah runtuh, inilah akibatnya apabila manusia merosakkan dengan aktiviti pembalakan dan pembinaan)
Sambil asyik melihat keindahan alam, saya dikejukan oleh suara Ald (anak) yang mejerit keseronokan melihat “water fall” ( Lata Iskandar waterfall)). Teringat saya waktu kecil apabila bercuti bersama bapak, mak dan adik beradik beginilah tingkah laku saya apabila melihat “water fall” satu ketenangan yang menceriakan hidup saya.
Hujan yang rintik-rintik menghadkan lawatan kami. Kami ke Pasar Malam untuk membeli sayar-sayur yang fresh untuk menu malam. Alvie, tieha dan dedel (anak) terpegun melihat buah Strawberry . Menu untuk malam itu ialah Sayur canpuran sup, sambal belacan tomato dan ayam goreng rempah barbeque. Sesekali seronok makan ramai-ramai. “Sedap lah Cik Anna masak , celak anak-anak saudara, lalu anakku (Alf) menyampuk ” mama memang pandai masak tapi sekarang mama malas asyik kak lia (bibik) yang masak Aduhai anak-anak mama minta maaf atas kesibukan mama untuk menghabiskan thesis mama. Sikit lagi.ya.
Hari ke 2
Selepas solat,joging dan breakfast (kali ini giliran myra, anak yang menyediakannya) kami pun mula melawat tempat-tempat menarik
Kami sempat meronda-ronda di Tanah Rata, Brincang dan sempat singgah di Smoke House hotel.sempat juga kami memborong sayur-sayur segar , madu dan strawberry. Pagi hari ke 3 selepas sarapan kami bertolak dari Cameron Highland melalui jalan Simpang Pulai mudah dan selesa dan selamat sampai ke rumah
Catatan
Cuti-cuti pun saya sempat mengarang thesis saya tiba-tiba idea dan kreativiti mencurah-curah. Alhamdullih banyak fadilatnya lebih-lebih lagi melihat wajah mak, anak-anak saudara serta anak-anak ceria dan gembira.


