Tuesday, August 1, 2017

Hadiah dari Allah..Ujian kehidupan

\

Hadiah dari Allah..Ujian kehidupan

Setiap saat kita diuji. Diuji dan terus diuji.  Selagi  masih bernafas selagi itu diuji.  Kemanisan dan kepahitan bergantung pada persepsi masing masing.  Setiap insan berbeza ujian yang dihadapi dan ianya  adalah  warna warni  kehidupan.  Ianya hiasan kehidupan.

Sesungguhnya , Allah juga menciptakan sesuatu berpasangan pasangan , ada siang ada malam, ada laki-laki ...ada perempuan dan ada kebahagiaan dan kesedihan . Ianya hiasan kehidupan  yang bersilih berganti . Ada ketika ujian Allah menghadiahkan ribuan kurniaan . Ada saatnya Allah hadiahkan musibah dan bencana  yang harus dihadapi. Namun sangat beruntunglah orang arang yang sabar dalam ujian Allah kerana Allah cintakan hambanya.   Mamun , ketika diri diuji, hati sentiasa berkata kata.

Aku diuji lagi?
Kenapa aku diuji lagi?
Adakah aku mampu hadapi ujian seberat ini?


Itu adalah persoalan dan keluhan yang berlegar dalam minda saat dihimpit dengan secubit garam ujian kehidupan.  Adalakala perasaan terlanjur marah pada DIA kerana dihujani dengan perbagai persoalan ujian. Kembali tenangkan diri dan bermuhasabah dengan kata – kata yang positif.

Aku diuji sebab Allah sayangkan hambanya
Aku diuji sebab Allah tahu hambanya boleh hadapinya
Aku diuji sebab aku adalah hamba  yang beruntung dan terpilih

Dan jangan kita lupa bersama ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran

Allah berfirman: “Dan sungguh akan Kami berikan ujian  kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun (Sesungguhnya Kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah Kami kembali.)". Mereka Itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka Itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Q.S. Al Baqarah : 155-157).

Itu janji - janji Allah . Dia tidak akan menguji hambanya dengan sewenang- wenang nya. Samada sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, Allah lebih arif bila kita diuji. Sebalik ujian ada keberkatan, kerahmatan dan diberikan petunjuk. Namun sangat beruntung orang-orang yang sabar dalam ujian-Nya karena tidaklah Allah memberikan ujian kecuali Allah mencintai hambanya.

Namun renung renung lah, pasti kita pernah ditimpa ujian dari yang Maha Esa, namum pada saat itu mampu ke kita menjadi hamba yang bersyukur dengan hadiah pemberian Allah ini?. Hambanya bersifat pelupa. Adakala dalam bahtera kehidupan didunia, hamba nya lalai dan leka sehingga berpanjangan . Ujian , ya ujian Allah sebagai hadiah yang mampu mengejutkan hambanya dari mimpi dunia yang berpanjangan.  “hadiah” Allah bertujuan menguji keimanan hambanya.  Maka , masihkan ada keiman?

Allah S.W.T berfirma “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Al-Ankabut: 2)

Ayuh sahabat- sahabatku, anak-anakku dan saudara-saudaraku , bangkit dan sama sama kita bermuhasabahkan diri dan bersangka baik disaat diujia NYA. Pandanglah ..lihatlah ..rasalah  ujian-ujian yang telah dan akan kita lalui sebagai sebuah ‘hadiah’ dari Allah dan bukan lagi satu tekanan negatif. Bersyukur bila saat ..sesungguhnya bersyukur dan berbahagialah kerana ujian itu hadiah daripada Allah.  Terus Istiqamah.






.



Sunday, July 16, 2017

bila abang sulong bersuara...

rezian-na

Semalam mak jatuh lagi.. puas kami  pujuk mak pergi hospital yang berdekatan..mak membisu..tiba tiba abang sulung datang dan dengan  hanya  satu arahan.. "bawa mak pergi hospital sekarang:. begitu lah kuasa yang ada pada anak sulung " leader is Born"  bergegas mak siap dibantu  oleh pembantu   ,, kami tersenggeh . Alhamdullilah  mak akur  akhirnya

Sampai di Hospital mak dibawa ke unit rawatan rapi zon kuning..Dr berpesan jika mak jatuh cepat cepat hantar ke Hospital..   Dr segerakan segala "procedure" ..MRI scan menunjukkan otak mak mula mengecil .."minor strok" ..tapi mak tetap semyum ..sangat positif..dalam keaada begini anak anak perlu tujukkan reaksi positif--gembirakan  mak sambil berdoa dan terus berdoa..

Di hospital abang arahan adik beradik ,, anak anak dan cucu cucu apa yang    dibuat, dibeli dan   jadual jagaan mak . kami adik beradik  dan yang lain  ikut perintah ,,,kuasa anak sulung ..kami hormat pada yaag sulung .. terima kasih mak dan arwah bapak kerana mendidik kami untuk hormati orang ynag lebih tua dan sayang orang yang muda dari kami. AllahuAkbar


Monday, October 14, 2013

Kedamaian tercipta oleh yang maha Esa

Mancari kedamaian di hati . Rata rata remaja sekarang melalukan berbagai cara untuk mencari kedamaian di hati .Ada yang baik ada yang sebaliknya. Kedamaian  dapat melahirkan satu perassam tenteram yang terbit dari sudut hati. Seseorang yang  memiliki hati yang damai, maka mereka akan merasakan ketenangan batin dalam hidupnya. Sebaliknya, manakala seseorang individu tidak memiliki kedamaian dalam hatinya, maka mereka tidak akan merasa tentram dalam hatinya dan masih tercari - cari. Oleh karena itu, kedamaian hidup akan memberikan makna  yang penuh arti dalam kehidupan.

Subhanalah Allahhuakbar kedamaian datangnya dari Allah jua . Anak anak ku yang dikasih sesungguh nya untuk mencari kedamaian dihati , marilah kita sentiasa bertaubat kepada nya .

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kalian kepada Allah
dengan taubat yang semurni-murninya (nasuha), mudah-mudahan Tuhanmu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai...” (QS. At-Tahrim (66); 8)

Hati yang bersih setelah bertaubat dengan taubat yang sebenar-benarnya merupakan sumber ketenangan jiwa dan kedamaian spiritual. Dan dari ketenangan itulah akan dqpat menyelesaikan  segala masalah yang kita alami

“Barangsiapa yang memperbanyak memohon ampun kepada Allah, niscaya akan dijadikan pada setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitan hidupnya kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (HR Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah).

Ya ALLAH limpahkan  kedamaian dalam setiap pembaca blog ini .
Wallahu a’lam

Wednesday, October 9, 2013

keredha ibu bapa keredhaan Allah - anak ku suka berbuat baik

Anak anak  yang dimuliakan,

Jadilah anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan ibu bapa srrta berbaktilah  sejujur jujurnya selagi mereka masih ada di dunia ini.
Hormatilah dan dengarlah nasihat mereka walaupun ideologi berbeza , walaupun hati terbuku namun ingatlah  keredhan Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa.  Hindari  menjadi anak yang derhaka, sesungguhnya anak yang derhaka tidak akan mencium bau Syurga.

Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari )

Peringatan bagi diri mama dan anak anak mama , sentiasa bersangka baik serta menjadi anak yang soleh dan soleha , jangan sesekali menderhaka  kerana  dosa menderhaka kepada ibubapa ini diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah s.w.t. iaitu dosa yang paling keji di atas muka bumi ini dan di sisi Allah s.w.t...

 berfirman Allah maksudnya :

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.”
(Surah al-Nisaa’ ayat 36)

Anak anak ku yang dikasihi  mulai saat ini mohonlah keampunan dari ibu bapa sekerap mungkin .
Tips berbuak baik kepada ibu bapa

1- Berbuat baik kepada ibubapa  kita dapat pahala menyamai pahala berjihad fi sabilillah.
2- Berbuat baik kepada ibubapa kiya dapat pahala  menyamai pahala haji dan umrah.
3- Berbuat baik kepada ibubapa kita akan diampunkan dosa oleh Allah s.w.t
4- Berbuat baik kepada ibubapa kita akan mendapat ganjaran   syurga.
5- Berbuat baik kepada ibubapa akan menukarkan kecelakaan seseorang itu kepada kebahagiaan.
6- Berbuat baik kepada ibubapa akan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
7- Berbuat baik kepada ibubapa akan dimakbulkan doanya oleh Allah s.w.t
8- Berbuat baik kepada ibubapa akan diluaskan rezekinya.
9- Berbuat baik kepada ibubapa akan dipanjangkan umurnya.
10-Memberi nafkah kepada ibubapa seperti infaq ke jalan Allah s.w.t
11-Mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Subhanallah Allahuakbar

Syafaat Anak Kecil Kepada Ibu Bapanya Di Hari Akhirat

rezian-na
 
Alfatihah buat  baby Muhammad Naufal bin Faisal anak kepada Puan NurAisyah Abdullah, Penolong Pendaftar (Pentadbiran)  FSR , UiTM yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.30 mlm (8/10/2013). Perjuangannya bertahan selama 5 bulan namum lebih di sayangi Allah jua. Sesungguhnya syfaat  untuk ibu bapanya. 

Berbahagialah mereka yang ada saham di akhirat melalui kematian anak-anak sebelum usia baligh mereka. Anak anak ini  yang dapat menyumbang syafaat kepada ibu bapanya. Selagi ibu bapanya  masih beriman akan  tetap akan dicari oleh si anak untuk memberikan syafaatnya bagi memasuki syurga.
 
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 
 

Tuesday, October 8, 2013

Keberkatan dalam kehidupan

Keberkatan dalam hidup berkeluarga

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat.

Anak anak  yang dirahmati Allah

Bersyukurlah kita kerana Allah kurniakan keluarga yang bahagia. Bahagiakan kita?. Ya amat bahagia kerana kita memiliki ketenangan dan penuh kasih sayang .kasih dan sayanglah Allah dan Allah akan limpahkan kasih sayang kita pada orang orang yang kita kasihi. Kasih sayang akan lahirnya kedamain dantara suami, isteri dan anak-anak. Saling nasihat menasihati, hormat menghormati dan percaya mempercayai. di antara satu sama lain.

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa seorang jejaka berkata kepada Nabi Muhammad SAW  “Beri aku nasihat”, Nabi berkata “Jangan suka marah”. Jejaka  mengulang permintaannya beberapa kali, dan Nabi menjawab “Jangan suka marah”. (Al Bukhori)

Itulah antara rahsia keberkatan keluarga adalah jangan suka marah.Ya Allah berikan hambamu kesabaran dan kemaafan serta  dan jauhi sikap kemarahan .

Orang yang menahan kemarahan dan memberi maaf kepada orang lain. Allah  cinta orang yang berbuat kebaikan. (Ali Imran 3:134)

Sebagai Ibubapa , Suami atau isteri , kita  harus mampu menampilkan peribadi yang dapat menimbulkan rasa tenteram dalam keluarga dengan sikap yang positif .Pasti dengn  rasa kasih sayanglah Allah akan limpahkan kedamaian dan keamanan. Insyallah keberkatan  berkeluarga   dalam  melayari bahtera kehidupan dengan aman dan damai.

Sesunguhnya Keluarga  yang diberkati Allah SWT akan melahirkan ciri  ciri Baitul Muslim dan keluarga yang tidak mendapat keberkataan melahirkan pergolakkan dan perselisihan  Oleh itu jadikanlah Islam sebagai panduan hidup berkeluarga untuk kita mendapat rahmat ,ketenangan dan keberkatan daripada Allah SWT

Anak anak yang dikasihi

Marilah sama-sama kita muhasabah diri  . Kenapa kita sering kita mengalami depresi jiwa, sentiasa tidak tenang dan tekanan hidup yang semakin meningkat. Analisa diri kita pasti kita akan dapat jawapannya  yang tak .kembali lah kita kepada Allah SWT dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya insya Allah rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT akan kita perolehi. bersabarlah atas ujian Allah.

Subhanallah Allahuakbar

“Hanya orang-orang yang bersabar yang disempurnakan pahalanya tanpa perhitungan” (Az-Zumar 39:10)

Saturday, October 5, 2013

Kudrat dan iradat milik Allah

rezian-na Saya berpesan dengan diri saya dan juga anak anak sekelian agar kita benar-benar bertakwa kepada Allah SWT dengan mematuhi segala perintah nya serta menjauhi segala larangan-Nya. Semoga dengan itu hidup kita sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah SWT. Anak anak yang dikasihi , apa yang berlaku hari ini adalah mengikut pentadbiran kudrat dan iradat Allah SWT. Kita hanya berusaha. Yang menentukan adalah Allah SWT. Mama ingin berkongi masalah Seorang gadis cantik serta anak orang yang berada. Apa kehendah dan kemahuannya akan ditunaikan oleh ibu bapanya. Tetapi gadis cantik ini sentiasa merasakan tidak puas hati apa yang telah dilimpahkah Allah. Beruntung beliau kerana ada rakan rakan sekuliah menghadapi kemelut kewangan. Subhanalah , AllahhuAkabar gadis cantik ini sudi ke pejabat Mama meluahkan segala perasaan tidak tenteram serta depresi yang dialami. Segera mama memeluknya. Ia manusia memerlukan kasih sayang dan perhatian .kasih sayang yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. kasih sayang sejati milik Allah . Janganlah putus asa mohonlah rahmat dan pertolongan Allah s.w.t itu tandanya pergantungan kita kepada-Nya sangat lemah. “Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir ”. ( Ayat 87 : Surah Yusuf ) Anak anak ku yang disayangi ingatlah sesunggunya Pergantungan kepada Allah s.w.t membuat hati tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup. Kudrat dan iradat milik Allah Ya Allah sesungguhnya hamba mu ini sangat lemah, hina, jahil, serba kekurangan bantulah hamba hambamu mendekati mu

Thursday, October 3, 2013

kahwin Muda- hilang fokus dalam pelajaran

Dr Mama Saya pelajar tahun akhir dan telah berkahwin 2 tahun yang lalu. Pada permulaan saya rasa bahagia dan dapat mengawal aturan hidup. Hakikatnya dalam perjalanan ini sangat payah dan panjang. Saya terpaksa mencari nafkah serta membahagikan masa antara kerja part time , keluarga dan pelajaran. Namun buat ketika ini,fokus saya telah hilang kerana kebimbangan masa depan saya dan keluarga . Saya juga amat risau, saya gagal sampai ke desitnasi. Saya amat tertekan dan sentiasa rasa malas untuk meneruskan pengajian saya. Saya amat memerlukan fokus itu kembali! MR HUSBAND J

Thursday, April 5, 2012

Orang yang dekat dengan kita

rezian-na - Sweet of life Assalammualaikum dan salam satu Malaysia Siapakah orang yang paling dekat dengan kita dalam meneruskan kehidupan kita . Cuba kita bangun dari tidur .... siapakan orang yang kita jumpa - suami, mak, bapak , anak anak , rakan rakan atau pembantu rumah . Biarlah mereka ini kekal bersama kita hingga ke syurga. Mengapa?? Kita tidak mungkin selamat mengarungi bahtera kehidupan yang sangat luas tanpa mereka. Kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang akan menghantarkan kita menyelesaikan hidup dengan kebaikan. Persaudaraan, kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang juga akan mengiringi kita pada kebahagian akhirat. Kerbersamaan ini yang berlandas kan Iman dan takwah yang abadi akan mendapat hidayah dari Allah kerana Allah berfirman. “Teman-teman akrab pada hari itu(hari kiamat) sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.” QS. Az-Zukhruf[43] Jesteru, berbaik baik lah bersama orang yang kita sayangi kerana mereka adalah orang yang dekat di hati kita. Begitu juga pesan Rasulullah SAW dalam hadisnya yang menyebutkan bahawa,”Kita akan dibangkitkan di hari kiamat bersama orang yang kita cintai.” Siapa orang yang kita cintai? Siapa orang-orang yang paling dekat dengan kita dalam menelusuri hidup ini? Siapa orang yang paling menghiasi ingatan kita? Siapa yang menemani langkah-langkah hidup kita? Orang solehkah dia? Mengajak ke arah kebaikan dan keredhaan Allah kah dia? Oleh itu sayangi lah mereka dan alangkah indahnya seandai ia dipenuhi suasana kegembiraan. Marilah mulai dari sekarang, sama sama mendekati Allah dan mengajak ke arah kebaikan dan keredhaan Allah. ""A friend cannot be considered as friends until he is tested in three occasions; in time of need, behind your back and until after your death." Ali ibn Abbi Talib (RA)

Wednesday, October 26, 2011

rezian-na rezian-na the sweets of life Assalamualaikum Indah nya islam dimata hati apabila kita meletak Allah satu satunya dalam mata hati kita. Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati seseorang. Oleh sebab itu, seseorang harus selalu besihkan hati dengan ikhlas dan jujur kepada Allah. ayat menyebutkan: Katakanlah, ”Jika kalian menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kalian melahirkannya, pasti Allah mengetahuinya.” Allah mengetahui apa pun yang ada di langit dan apa pun yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu. (QS Ali-Imran: 29) Lihat lah dari mata hati tentang cinta. Cinta yang utama adalah cinta kepada Allah, Rasul-Nya, dan jihad ke jalan Allah. Lihat lah cinta dari mata hati yang hakiki berlandaskan iman akan memberi cahaya keinsafan. Lihatlah dari mata hati - keislaman akan melahirkan jiwa rela berkorban dan mampu menundukkan hawa nafsu supaya hidup kita hidup lebih bererti Lihatlah dari mata hati - sesama makhluk dengan penuh kasih sayang serta keimanan dan ketakwaan Lihat lah dari mata hati - kasihi Allah sepenuhnya sebab ia akan berkekalan dan semoga Allah mengampunkan segala dosa dosa kita selama ini. Katakanlah (Wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui. (Ali Imran: 31). Lihat lah dengan mata hati - sesungguhnya Islam memandang cinta kasih itu sebagai rahmat daripada Allah. Lihatlah dengan mata hati- sahabat sebagai seorang mukmin -sesunnguhnya tidak dianggap beriman sebelum dia berhasil mencintai saudaranya seumpama dia mencinta dirinya sendiri (riwayat Muslim). Moga Allah s.w.t melimpahkan rahmat buat kita semua. Amin- Lihatlah dengan mata hati - dengan keimanan.

Thursday, January 27, 2011

konsep bersyukur

rezian-na

Tiba tiba terdetik untuk menulis. Ingin sekadar mencari inspirasi tentang kurnian Allah yang tidak terhingga - Kebahagian, kesihatan, kasih sayang, kemewahan, kejayaan. Subhanallah .

Tetapi kita sering lupa dan lalai untuk bersyukur kepada yang Maha Memberi. Bersyukur setiap waktu. Orang yang bersyukur ketika diberi ujian akan ditambahi dan dilipatgandakan kenikmatannya oleh Allah SWT, seperti janji-Nya :

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih“.

(Ibrahim [7]: 14).

Marilah kita selalu mengamalkan sikap syukur dan sabar menghadapi liku-liku kehidupan ini. Segala peristiwa yang menimpa kita adalah sebagai penguat iman kita dan jangann ianya melemahkan iman kita. Semoga Allah SWT mengabulkan doa doa , keinginan-keinginan dan harapan serta ikhtiar kita. Amin

SWEETS OF LIFE

Friday, August 27, 2010

Sayang siapa


rezian-na

Sejak dari dulu mak dan bapak selalu tanya pada anak-anaknya "sayang siapa'. Selalumya bila mak tanya kami adik beradik akan jawab 'mak' dan bila bapa tanya kami jawab 'bapak'. Tapi bila kedua-duanya tanya serentak kami terdiam seketika. Itulah gelagat kami semasa kecil.

Masa dah berubah... pertanyaan yang sama ditanya pada anak-anak . ini jawapan mereka...Mama kami sayang Allah lepas tu nabi muhamad dan mama, mama dan mama.

"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

Thursday, August 26, 2010

Be yourself


rezian-na




Be Yourself
by Ellen Bailey

Why would you want to be someone else
When you could be better by being yourself
Why pretend to be someone you are not
When you have something they haven't got

Cheating yourself of the life you have to live
Deprives others of that only which you can give
You have much more to offer by being just you
Than walking around in someone else's shoes

Trying to live the life of another is a mistake
It is a masquerade; nothing more than a fake
Be yourself and let your qualities show through
Others will love you more for being just you

Remember that God loves you just as you are
to god you are already a bright shining star
Family and friends will love you more too
If you spent time practicing just being you

Thursday, June 10, 2010

positive energy

rezian-na

Discovering the purpose of your soul is the first step on your spiritual journey. Knowing your intention for this lifetime is essential for making wise decisions in your life and finding happiness in each moment, rather than always struggling to find something in the future to bring you joy. Taking the time to develop this specific value statement will help you to discover why you are here in this life and what you are here to contribute. Positive energy is your tool.



Positive Energy ...
Whatever is your belief,
Whatever makes you proud,
Whatever gives you hope,
Whatever carries you through,
If it is for good, it is of the positive

Friday, February 26, 2010

1Malaysiasms- peluang usahawan- bulksms


rezian-na



TERBARU
Berita Baik Untuk Pemilik Handphone
PELUANG PENDAPATAN 7 ANGKA DALAM MASA 6 BULAN (AKAN DILANCARKAN PADA 5HB APRIL 2010)




Anda dijemput menyertai satu bisnes bulk sms (SMS PUKAL) terunggul iaitu 1Malaysiasms.com. Potensi pendapatan boleh melebihi RM1,000,000!. Pakej bermula dengan PERCUMA, IRON RM100, SILVER RM300, GOLD RM600, DIAMOND RM1000.

Dengan sistem SMS PUKAL ini, syarikat-syarikat boleh memasarkan produk mereka melalui sms, peniaga-peniaga kecil & sederhana boleh iklan dengan sms, agen-agen insurans / takaful iklan dengan sms, pentadbir-pentadbir sekolah kerajaan atau swasta info dengan sms, butik-butik kecantikan iklan dengan sms, pemilik kedai makan iklan dengan sms, agensi travel iklan dengan sms, peniaga pasar malam iklan dengan sms, agensi/ Usahawan MLM iklan dengan sms, NGO-NGO iklan dengan sms, Koperasi-koperasi iklan dengan SMS, persatuan-persatuan pelajar universiti dan kolej iklan dengan sms, usahawan hartanah iklan dengan sms, dan banyak lagi!. Anda boleh fikirkan sendiri secara kreatif bagaimana sistem ini boleh memberi keuntungan kepada perniagaan, perusahaan atau pekerjaan anda.

Cara menyertai 1Malaysiasms.com

Gunakan handphone sendiri. Sila Daftar melalui sms ( prepaid atau postpaid )

Langkah 1: Taip 1MReg60192276008Nama Penuh Anda
contoh: 1M REG 60192276008 Anita Ahmad hantar ke 36553

Langkah 2: Setelah menerima jawapan SMS dari server, taip:
ON 1MACC hantar ke 36553

Gunakan password yang telah anda terima melalui sms untuk log in di laman web syarikat: http://www.1malaysiasms.com Sila kemaskini maklumat Profile anda. Tahniah ! Sekarang anda telah mempunyai 5 Sms kredit PERCUMA.

Langkah 3: Upgrade ke IRON RM100, SILVER RM300, GOLD RM600 atau DIAMOND RM1000. Untuk membuat bayaran sila hubungi/sms ke: 0172011198.(Qus) atau 0123306808 (Kamil)

Langkah 4: Kongsi peluang & taja 3 orang rakan.

Mengapa lebih ramai memilih pakej DIAMOND?
(A) PRODUK BOLEH GUNA:

1) MalaysiaSMS.com Solution
a) 1000 FREE SMS Credits
b) SMS Report
c) Address Book
d) Category SMS
e) Personalised SMS
f) Multi Language Worldwide SMS
g) Fully Automated SMS Birthday Alert
h) Fully Automated SMS Greeting & User Alert
i) SMS Solution Mobile Acess Via SMS Anytime

(B) INSENTIF LUMAYAN
1) Incentive – Max 10 Levels for Uni-Level, Bonus and Global Incentive
Qualifies for Max 10 Levels for Uni-Level , Bonus and Global Incentive subject to No. of Direct Star * Partners
a) 1 Direct Star * Partner - Max 2 Levels
b) 2 Direct Star * Partners and above - Max 4 Levels
c) 3 Direct Star * Partners and above - Max 6 Levels
d) 4 Direct Star * Partners and above - Max 8 Levels
e) 5 Direct Star * Partners and above - Max 10 Levels
3) Topup SMS Incentive for Direct Partner - RM10
4) Debit Purchase Incentive - For upgrading using M-Wallet
IRON - RM5 SILVER - RM15 GOLD - RM30 DIAMOND - RM50
2) Eligible for IRON Upgrade Incentive - Max of 10 Levels Incentive
a) Uni-Level L1 → RM 30
b) Uni-Level L2 - L10 → RM 2
b) Bonus Incentive L1 - L10 → RM 1
c) Global Incentive L1 - L10 → RM 1
3) Eligible for SILVER UPGRADE Incentive - Max of 10 Levels Incentive
a) Uni-Level L1 → RM 90
b) Uni-Level L2 - L10 → RM 6
b) Bonus Incentive L1 - L10 → RM 3
c) Global Incentive L1 - L10 → RM 3
4) Eligible for GOLD UPGRADE Incentive - Max of 10 Levels Incentive
a) Uni-Level L1 → RM 180
b) Uni-Level L2 - L10 → RM 12
b) Bonus Incentive L1 - L10 → RM 6
c) Global Incentive L1 - L10 → RM 6
5) Eligible for DIAMOND UPGRADE Incentive - Max of 10 Levels Incentive
a) Uni-Level L1 → RM 300
b) Uni-Level L2 - L10 → RM 20
b) Bonus Incentive L1 - L10 → RM 10
c) Global Incentive L1 - L10 → RM 10

WEB PROMOSI PERCUMA!
Join sekarang dan segera upgrade ke GOLD atau DIAMOND, anda akan diberikan satu laman promosi peribadi seperti ini.

6 BULAN KEMUDIAN....
Mungkin anda bukan lagi berpendapatan puluhan ribu ringgit sebulan....tetapi RATUSAN RIBU RINGGIT.....sehinggalah akhirnya anda akan bergelar JUTAWAN SENYAP!
Carta jutawan 1malaysiasms - DIAMOND
Anda upgrade DIAMOND, menaja 3 orang, dan masing-masing melakukan perkara yang sama. Pada Level ke-10 pendapatan anda sudah melebihi RM1,000,000!. Ini tidak termasuk insentif-insentif yang lain.

Wednesday, November 4, 2009

Exam

rezian-na

Alhamdulillah kepada rabbul alamin..saya selalau ,mendoakan pelajar-pelajar saya dipermudahkan bila menjawab exam. MasyaAllah..kurniaan Dia sangat banyak dan melimpah pada kita, tidak habis-habis. Justeru perlu kita selalu berdoa agar apa yang di ajar dan dipelajari menjadi ibadah. Tetapi saya kecewa ada segelintir pelajar yang tidak percaya pada keupayaan diri mereka sehingga sanggup meniru dalam exam. Pelajar-pelajar ini yang akan manjadi tiang negara. Masyaallah


Teguran dan kasih sayang secara dakwah lemah lembut- supaya saudara-saudari jangan ulangi perbuatan tersebut. Mungkin ada dikalangan kita yang sebenarnya sudah pun terpanggil dan tersedar dengan hasil tulisan saya, kita tidak tahu. Wallahualam.. saya menyukai dakwah yang lemah lembut..tetapi tidak pula menentang sindiran dan kritikan

Maha suci Allah yang telah menggerakkan hatiku untuk memberi nasihat kepada manusia dan telah menjadikan kerja nasihat itu sebesar-besar cita-citaku”

–Abdul Qadir al-Kailani.

Monday, October 26, 2009

tip peperiksaan


rezian-na


Assalamulaikum wbt

Exam datang lagi. Pastikan akan telah bersedia menghadapinya. Ini adalah nasihat saya untuk pelajar-pelajar yang dikasihi

1. Betulkan niat menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.

2. Mohon mama dan papa doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam

3. Tidur yang cukup diantara 6 – 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

4. Jaga pemakanan.
Makanlah sebelum peperiksaan bermula untuk memberi tenaga bagi menjanakan minda kita

5. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang exam , pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

6. Berdoa dan bertawakal

Berperasaan positif dan jangan was-was. anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Doa Menghadapi Peperiksaan
Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran\


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa ‘ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii ‘aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”

Doa sebelum masuk dewan peperiksaan

(Wa hai yi’ lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang - dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.


(Allahumma inni as-alukal fauza ‘indal qadha wa manaazilasy syuhada wa ‘ai syas su ‘a da’ wan nasra alaal a’daa’)

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’ dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Tuesday, October 6, 2009

Ujian Allah

rezian-na

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”.
(surah al-Baqarah ayat ke 155,)

Allah meguji umatnya dengan berbagai ujian. Samada ujian kebaikan atau sebaliknya. Mungkin Allah menguji kita dari segi kekaya harta, bahagia hidup, tetapi dalam bahagia itu diri kita menjadi perhatian Allah dan manusia. Allah sentiasa menguji kita samada kita bersyukur atau kufur pada RahmatNYA. Setiap ujian Allah terhadap kita ada hikmat yang perlu kita syukuri secara iklas.

Sungguh kekayaan itu hanyalah pinjaman semata. Pemiliknya adalah yang kekal Abadi. Kita hanyalah insan yang hanya menumpang Kesempurnaan sifat-sifat ALLAG. Sekiranya ujian nikmat itu berupa darjat dan pangkat, maka ingatlah kekuasaan ALLAH dan AgungN Allah swt.. Sekiranya ujian itu berupa kecantikan, ingatlah akan diri kita, kecantikan itu hanyalah sementara dan kecantikan itu hanyalah nilaian zahir bagi manusia. Jadikanlah diri kita begitu berharga dan bernilai di hadapan Allah swt. Baginda bersabda : “ Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras dan kekayaan kamu, tetapi melihat pada amal dan hati-hati kamu.

"YA ALLAH HAMBAMU BERSYUKUR ATAS NIKMAT YANG ENGKAU BERIKAN'

Thursday, August 20, 2009

SELAMAT BERPUASA


rezian-na


Puasa secara amnya boleh diertikan sebagai menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa yang tertentu mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh

Firman Allah s.w.t kepada orang-orang beriman supya menyuruh mereka agar berpuasa. Iaitu menahan dari makan dan minum dengan niat ikhlas karena Allah s.w.t. Ini kerana nikmat berpuasa dapat penyucian dan pembersihan jiwa, juga menjernihkannya dari pemikiran yang buruk dan akhlak yang rendah

Selain daripada itu, Puasa adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206

Fadhilat puasa

Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmat.

Mendidik nafsu ammarah agar berubah nafsu yang tenang tenteram

Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat belas kasihan terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik dalam kehidupan mereka

Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Mendatangkan kebaikan dari segi kesihatan terutama mereka yang merokok untuk berlatih berhenti merokok

memberi kerehatan kepada perut untuk meningkatan kecekapan

menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia

Moga dengan berpuasa pada bulan ramadhan in akan menjadi kita orang-orang yang bertaqwa serta kesihatan yangbertambah baik.

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa. (Yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kalian ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagi kalian, jika kalian mengetahui"

(Al-Baqarah: 183-184)



SELAMAT BERPUASA

Monday, August 10, 2009

Bekerjalah

rezian-na


Kejayaan di dunia harus diseimbang dengan melaksanakan solat, berzikir , berdoa, dan harus juga disertai dengan membangunkan ekonomi individu, keluarga, masyarakat dan negara.Maka seimbangkan kehidupan kita dunia dan akhirat. Beramal dan beribadat.



Allah s.w.t berfirman:

وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Yang bermaksud:

Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Talaaq, Ayat: 126).